Agamawan dan Kita

Agamawan dan Kita

Kebelakangan ini pergeseran antara agamawan semakin rancak dan kian menjerut saluran pernafasan masyarakat yang berada di tengah antara dua blok ini. Dan masyarakat makin bosan dan mual dengan telahan kedua-dua pihak yang saling bercakaran dalam membawa isu agama ini.

Namun ada dua perkara yang sama-sama kita fikir dan timbang balik.

Pertama, jika kita lihat agamawan zaman sekarang yang menyebalkan itu,ketahuailah mereka adalah sebaya dengan umur ayah-ayah kita. Dan kalian pasti tahu,apa nilai pembelajaran agama pada zaman ayah-ayah kita ini dulu. Kita juga dibesarkan pada zaman itu dahulu.
Ya,zaman di mana pengajian ilmu agama hanya kepada pelajar minda kelas terbawah. Jika tak lulus periksa dan malas belajar,maka sekolah agama lah menjadi tempat longgokannya.
Sekolah tahfiz,hanya untuk anak-anak yang otak lembab, banyak main, ponteng sekolah dan tak kurang sekolah tahfiz dijadikan 'mesin basuh' kepada mak ayah yang kononnya nak anak mereka berubah dengan masukkan mereka ke sekolah agama ataupun tahfiz.

Hasilnya, sekolah agama menjadi penanda aras sekolah paling bermasalah,kes bertimbun, sehinggalah pencapaian akademik terburuk dibandingkan dengan sekolah kebangsaan yang tak berbayar.

Hasilnya lagi, pelajar-pelajar ini terus melanjutkan pengajian agama ke luar negara dengan pencapaian yang 'cukup makan' berbekal sifat malas yang diwarisi sejak kecil menyebabkan ponteng kelas dan tidor itu menjadi kewajipan dan seharian mereka di negara luar yang tujuan asalnya adalah menuntut ilmu. Selain sifat malas belajar, hobi berjalan-jalan juga tak kurang dahsyatnya memenuhi segenap ruang masa di negara asing lansung meninggalkan meja belajar yang lebih patut diutamakan.

Hasil seterusnya,apabila pulang ke malaysia,ataupun keluaran madrasah di malaysia,produk yang keluar adalah berimej lebai yang hanya pandai berceramah dengan nilai ilmu yang ibarat tin kosong. Penghuraian quran dan hadis serta nas agama secara semberono, sambil lewa, dan dengan perasaan menatijahkan kesan penyampaian ilmu yang menyimpang lantas makin memeningkan masyarakat. Tak cukup itu,sifat malas membaca,perangai suka ponteng,buang masa, pengotor,tak beradab,suka bergaduh yang diwarisi zaman kanak-kanak,ke zaman belajar hinggalah menjadi pengajar itu menghiasi wajah agamawan zaman sekarang.

Pokok puncanya,ia dari ilmu agama yang disembronokan di suatu zaman dahulu yang menatijahkan produk agamawan pada zaman sekarang yang berlaku di depan mata dan hidung kita sekarang.

Kini, corak peredaran zaman sudah berubah atau sedang berubah. Mentaliti sekolah agama kepada kelas bawahan semakin ditinggalkan,malah sekolah agama dan pengajian agama pula menjadi rebutan pada zaman era ini.

Apa salahnya jika,pelajar-pelajar yang cerdik,yang dapat score tinggi dalam ujian,yang cerdas mindanya disalurkan dalam pengajian ilmu agama islam. Alangkah tingginya nilai ilmu islam itu.
Perbahasan teks wahyu dibahas dengan penuh terperinci,dihurai dengan disiplin, dikelola oleh tangan dan otak yang cerdik dan mahu belajar, tak kurang mentafsirkan nas agama dengan penuh profesional dan beradab dan bersungguh. Alangkah indahnya ilmu islam.
Ada pula mereka yang baik akhlaknya dari kecil,sopan santun, pemikiran belum tercemar, di masukkan dalam pengajian ilmu agama. Natijahnya,pengendali agama akan lahir dari susur galur orang yang baik dalam bicara,menepati masa, kemas dalam penampilan dan sebagainya. Alangkah beruntungnya ilmu islam.

Mungkin ini kerja dan peranan kita sekarang,dan ketahuailah kesan dan hasilnya akan menjelang sepuluh ke dua puluh tahun lagi.


Yang kedua, suatu perkara yang tempang dalam gerakan agamawan kita di malaysia adalah tiada institusi keilmuan yang bermanhaj yang mereka bernaung di bawahnya.

Masing-masing apabila berada di medan dakwah dan pengajaran ilmu agama,masing-masing ingin bawa ideologi sendiri berdasarkan apa yang dia mahu sampaikan kepada masyarakat,bukannya masyarakat mahu darinya. Mereka menubuhkan persatuan macam-macam dan menamakan institusi rekaan mereka sendiri dengan pelbagai nama bagi menonjolkan matlamat dan visi misi dakwah bawaan mereka.

Seorang pulang dari negara sekian, terus bangunkan institusi pemikiranya sendiri,seorang pulang dari negara lain pula balik buka agensi atau organisasinya sendiri dan melantik dirinya menjadi ketua atau penasihat,lantas terus menyampaikan dakwah pada masyarakat dengan wajah yang tersendiri.

Kesannya, pengajaran ilmu islam pula terpecah dan tidak bersatu dibawah satu payung kerana masing-masing berkeras dan nak menunjuk sama hebat dan punyai pengikut dan ahli yang ramai. Bila berlaku suatu pergeseran yang sedikit,maka bergaduh,saling memenangkan diri sendiri tanpa ada tolak ansur akan menyebabkan imej agamawan bergaduh itu jelas ternampak. Dan masyarakat,makin pening dan jauh dari ilmu agama.

Agamawan dilihat lebih mencari populariti dan pengikut,lebih dari matlamat maqasid atau tujuan agama itu sendiri iaitu menyemai rahmat ke seluruh alam. Visi untuk menyampaikan ilmu juga dilupakan kerana asyik dengan mencari kesalahan pihak lain yang berlainan fikrah,menyebarkan kebencian antara sesama muslim atas nama perjuangan membersihkan agama dan mensucikan tauhid. Sekali lagi masyarakat menjadi mangsanya atas kerakusan agamawan yang semakin menular.

Cuma, tuhan sentiasa adil dan memberi irsyad kepada hambanya, sekadar pemerhatian cetek aku ini, beberapa institusi keilmuan yang diiktiraf dan bermanhaj yang sedang memulakan langkah menyebar keilmuan agama dengan rahmat dan cermat adalah antaranya institusi dari yaman yang dipelopori para habaib dan instusi al-azhar yang dikemudi oleh masyaikh yang muktabar.

Bermula dengan institusi yaman yang berpusat di Ribatt Tarim,produk keluarannya mempunyai suatu imej yang sama,penyampaian ilmu yang sama,method pengajaran yang sama,malah akhlak dan penampilan mereka juga sama.


Jika kita lihat keluaran Yaman ini,atau mereka yang berguru dengan para habaib, dari segi pakaian kita nampak mereka selalu berpakaian putih bersih,serban yang kemas berlilit,selendang di bahu,mereka seolah membawa penampilan yang sama. Dari segi penyampain,produk ini dikenali dengan penyampaian yang lembut,akhlak yang disenangi,banyak senyum,dan jarang keluar dari mulut mereka cacian dan makian. Sekali lagi mereka membawa gaya yang sama. Dari sudut pengaajaran ilmu,mereka lansung membawa hadirin pendengar lansung kepada nabi,mengingati nabi dan mereka juga terkenal dengan majlis maulid dan qasidah yang menjadi buah mulut dan ikutan dalam masyarakat.
Dari situ kita nampak mereka bergerak secara institusi yang bermanhaj,yang tahu matlamat dan misi visi dakwah mereka dan saluran mereka berakhir kepada guru-guru mereka yang muktabar dalam sebarang rujukan.

Jika kita lihat produk keluaran Al-azhar pula. Kita dapat lihat perkara yang sama dibawakan dalam imej,cara pembawakan dan pengajran ilmu dalam masyarakat. Keluaran azhari yang berkualiti kita akan lihat gerakan pemikiran yang sama dibawa untuk meyebarkan agama Allah di sebuah negara. Dari segi penampilan,seorang azhari dikenali dengan penampilan agamawan profesional,penampilan mereka kemas,jika berjubah,berjubah dengan kemas,dan jika bertie berkot sekali pun tiada masalah bagi mereka,kerana seorang azhari,mereka menyampaikan ilmu merentasi sempadan profesion.
Dalam segi penyampaian ilmu,azhari dikenali dengan penyampaian ilmu yang detail dan mendalam,perbahasan ilmu yang mengenai waqie setempat dengan pengunaan nas quran dan hadis dengan tepat dan syumul. Sudut prngajaran ilmu,penyampaian dakwah mereka merentasi bayangan politik partisan, kelompok-kelompok,atau berpersatuan,mereka menyampaikan ilmu ke seluruh pelosok negara dengan bertujuan menyampaikan islam dengan rahmat dan penelitiam yang jelas sekaligus membawa masyarkat kepada maqasid (tujuan) pensyriatan agama itu sendiri salamah dan rahmah.

Dengan adanya dua institusi ini, sebenarnya masyarakat masih ada talian hayat untuk mereka mengenali Islam dengan thoriq dakwah nabi yang diwariskan kepada alim ulama,yang bukan sekadar keilmuan,tapi turut mewarisi akhlak,jiwa mendidik dan pemikiran yang jelas tentang maqasid ilmu agama dan agama islam itu sendiri.

Cuma sekarang,peranan kita sendiri generasi baru islam ini,kita diberi peluang oleh Allah untuk melihat kekecamukan agamawan di zaman ini dan kita juga harus mula bergerak,dan mengerakkan minda serta mentaliti masyarakat umumnya dalam keilmuan agama islam agar kita mendapat buah hasilnya di zaman selepas kita ini.

Rapatkan barisan,teguhkan bulatan.
Pastikan Islam itu rahmat untuk seluruh alam.

-Komentar berkacamata-

9/2/16,
Darrasah,
Cairo.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari