Doa Seorang Arab

Doa Seorang Arab

Tidak dinafikan dan kita pun sendiri maklum bangsa arab dikenali bangsa yang pemarah, bengis,dan suka bergaduh walaupun perkara yang kecil.

Sehinggakan seseorang tu sanggup keluar dari kereta,dalam kesesakan lalu lintas untuk bertengkar dengan seorang lagi kerana melanggar bonet keretanya.
Perbalahan biasanya mengambil masa dalam 20 minit,dan ditambah pula masa kecederaan dengan si pendamai antara kedua-dua laki itu pula sama naik bertengang lehernya.

Itulah resmi bangsa arab dan mereka memang difitrahkan begitu. Dan itu sifat bangsa mereka.

 Seperti jugalah bangsa melayu dengan sifat melayunya.

Chill.

Dalam keserabutan hidup amarah dan bengisan mereka, mereka adalah bangsa yang punyai sifat pemaaf yang boleh dipuji. Setelah bergaduh berjam-jam, boleh pula mereka bersapa sanjung selepas pertemuan kali kedua samada secara sengaja atau kebetulan.

Itulah arab.

Nak cerita tentang arab, mereka bangsa yang mudah mesra pada orang yang mereka tidak kenal,tambah lagilah pada orang yang mereka kenal.

Jika sama mereka,apabila berjumpa, tidak sah jika mereka tidak berpeluk,bercium dan berlaga pipi, dan tak kurang masing-masing mulut kumat kamit mendoakan satu sama lain.

"Allahi ikrimak"
"Allaha yahdik"
" Rabbuna naggahna"

Dan macam-macam jenis doa sentiasa mereka ucapkan sama sendiri berserta basah lidah mereka dengan puji-pujian kepada Allah agar merahmati kawan-kawan mereka.

Inilah arab.

Doa dan kehidupan berpisah tiada bersimpul bisa.

Allahu irham a'laina ya rabb..

17/5/16
Kedai gunting rambut,
Darrasah,
Cairo.

#roadtobotak

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari