Rutin

Sabiek-Darasah-Sabiek

Pejam celik pejam celik,dah hampir 8 bulan aku berada di tanah mesir ini.
Aku menetap rumah sewa di belakang masjid Al Azhar Syarif yang aku kira penempatan yang sangat mencabar dan sangat menguji ketahanan mental fizikal.
Aku antara rombongan awal keluar dari rumah asrama anak negeri du bawah kelolaan persatuan dan pegawai Atase negeri. Selepas itu baru keluar berduyun-duyun ke serata rumah sabiek mahupun darasah.
Di sini aku jauh dari orang Malaysia dan betul-betul ditengah perut masyarakat arab. Di sini juga aku berurusan sembilan puluh peratus dengan orang arab.
Meskipun tak nafikan keadaan di sini sangat daif dan naif dari segi perilaku arab, sampah serata tempat, jalan berdebu, banyak anjing berkeliaran, tapi aku yakin ini semua cabaran yang aku akan tempuhi yang mana jalan ini juga ditempah tokoh ulama sejak zaman berzaman.
Paling berharga di sini, tempatku sangat dekat dengan Masjid Azhar,Universiti Azhar,tempat-tempat talaqi seperti Mudhayafah Syeikh Ismail Sodiq Adawi,Mudhayafah Syeikh Ali Jumaah,Mudhayafah Said Imran Ad Dah.
Tempat pemantapan rohani seperti Masjid Soleh Jaafari,Sahah Yaman,dan tak terkecuali Masjid Sidna Hussein yang tersimpan jasad mulia cucunda baginda Musthofa.
Semua ini menjadi jamuan menarik bagi si pencinta ilmu. Kelas talaqi semerata tempat,dari terbit sang fajar sodiq,hingga sang bulan gagah memantul sinaran mentari yang ketiduran. Itulah suasana ilmu yang tersebar dan tersebar, juga lihat bertapa juhudnya ulama mengajarkan ilmu tanpa mengira penat lelah mahupun mengambil upah dari pengorbanannya jauh sekali.
Semoga Allah merahmati guru-guru kami.

Aku juga bersyukur disibukkan dengan dunia ilmu ini walaupun terpaksa menahan mengantuk,asalkan aku dapat berada dalam apa-apa majlis ilmu dan bersama ulama.

Tanpa aku sedari juga, hampir lapan bulan ini, hidup aku hanya berlegar sekitar Darrasah dan Sabiek sahaja.
Ya.
Rutinku, pagi aku bangun,tahsin quran, kemudian pergi kelas Markaz Lughah di Hayyu Sadis,balik aku terus ke rumah, hari ada kelas talaqi aku ke kelas hingga lewat malam baru balik rumah. Kekadang aku balik rumah semata untuk tidur dan makan saja, baki waktu semua kat luar. Jika ada kelas talaqi di Sabiek,baru aku akan ke Sabiek.
Itulah rutinku seharian. Dan seingatku hanya dua kali aku keluar dari Cairo,satu ke Sittah Oktober,kedua kalinya aku ke Giza untuk menemani temanku dari Jordan untuk melawat Pyramid.

Selepas aku habiskan Markas Lughah yang masih berbaki satu bulan lagi, hidup aku sepenuhnya akan berada di Darrasah.

Inilah rutinku dan aku selesa dengannya.

Allahu mustaan.

4/4/16
Syaqah Khomisah,
Darrasah,
Cairo.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari