Mencintai Negeri Lima Menara
Mesir ini umpama gelanggang mempetaruhkan jiwa raga untuk mengenali satu bangsa yang halus rahsia dhomirinya. Ada yang sesaat awal meletakkan tapak kaki ke jalanraya bertar di bumi ini sudah kalah dalam pertaruhan lantas kembali ke tanah air akibat tak selesa jasad dan minda di sini. Katanya. Ada yang di separuh permusafiran , baju di bagasi pun belum dipakai habis, sudah bungkus harapan, ingin segera meninggalkan negara 'sampah' ini, dek kerana semakin hari semakin tambah bencinya pada penduduk mesir. Ada saja waktu dia berlaga betis dengan orang arab, hari-hari yang dilalui penuh keserabutan dan tekanan perasaan. Maka pulang juga ia. Ada pula sekelompok manusia, sebelum 'terbang' ke bumi kinanah, sudah menanam rasa takjub untuk ke sana. Setelah sampai, dia berkelana sepuasnya, memandang setiap gerak langkah budaya di Mesir dengan sisi pandang yang penuh curiuos , melihat telatah 'baran' arab dengan senyuman, melayan kerenah arab dengan penuh etika, ...