AKU BERFIKIR MAKA AKU MENULIS Vol.1


Sebenarnya menulis ini sangat menyeronokkan. 

Sebab apa? Sebab kau tahu kau ada idea tersendiri nak dikedepankan dan kau bukan seorang yang komformis. Ya, setiap penulis akan ada keimanan ini yang bertapak kukuh dalam sanubari jiwanya.

Percaya pada diri sendiri itu adalah batu asas paling awal yang perlu dibina saat kau bermula berjinak untuk menulis suatu idea. Tapi, meletakkan batu asas itu tak semudah 'angkat dan letak', tidak se'simpilistik' itu. Ia melibatkan perjuangan mengerakkan jiwa dan mental untuk tidak takut pada panahan kritikan musuh penulisan.
 
'Musuh penulisan' ini tak semestinya orang yang kau bermusuh atau berkonfrontasi di alam nyata, tapi, orang yang sentiasa bersedia setiap masa membaca, menilai, serta mengkritik atau memuji apa yang kau sampaikan. Ya, pujian juga merupakan musuh dalam penulisan, dan hati-hati, kerana ia lebih berbahaya!

Jadi, apa langkah seterusnya selepas berjaya mempasakkan 'self confident' dalam jiwa kau? Boleh terus menulis dan melontarkan idea kau?

Tak. Jangan lagi. Masih terlalu awal. Buah rambutan yang masih hijau molek, kalau dipetik awal, rasanya pahit getir, sayugia kau perlu menunggu hingga ia masak ranum kemerah-merahan.

Peringkat kedua adalah kau banyakkan berdampingan dengan orang-orang yang hebat dan kau perasan ada idea tersembunyi di sebalik celah kalamnya, setiap tuturnya seakan memberi 'inhaler' di saat kau tercunggap-cunggap meminta nyawa. Jika kau jumpa insan begini, pasang telinga sebaik-baiknya, pikir dan renung. Grab all the point jika kau mampu, kalau tak boleh, kau conggakan akal kau untuk mendapat mafhum idea apa yang dia lontarkan. Seterusnya, kau perlu 'naqal'kan sahaja samada berbentuk literal' atau maknawi di mana-mana medan yang kau rasa para 'musuh penulisan' kau boleh baca ataupun setidaknya netizen biasa yang boleh mencerap idea itu.

Perkara ini sama sepertimana bila kau membaca buku. Kau dampingi kalam penulis, kau teliti setiap makna tersurat dan tersirat, dan jika kau berpuas hati dengan idea penulis, yang kau rasa sangat bermakna buat kau dan kau rasa rugi kalau tak kongsikan pada orang lain, maka, tugas kau sekarang adalah me'naqal'kan idea hebat itu dengan tulis tangan kau sendiri, dan lebih gempak, kau olah idea tu dengan gaya kau sendiri tapi maksud penulis sampai pada pembaca.

Bukan kah itu idea orang lain, bukan idea kita? Kenapa perlu bersandar pada orang lain, dan kenapa tak berpijak pada kaki sendiri?

Inilah namanya proses meranumkan idea kau kelak. Kau akan belajar banyak benda ketika proses me'naqal' ini. Dari aspek, bagaimana kau menerima maklumat, kemudian kau proses, dan kau persembahkan dengan kalam literal orang lain atau dengan cara kau sendiri.

Ia suatu yang awesome!. Dan ketahuilah, jika kau me'naqal'kan idea orang lain secara sukarela, kelak orang berpusu-pusu akan me'naqal'kan idea kau tanpa kau minta.
Setakat ini perkongsian dari aku, aku tak nak tulis banyak-banyak, sebab takut orang lain mudah mual. Kita jumpa di entry seterusnya.

Bersambung..

AKU BERFIKIR MAKA AKU MENULIS.

25/7/17
Bait Azhariy,
Darrosah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari