Mencintai Negeri Lima Menara

Mesir ini umpama gelanggang mempetaruhkan jiwa raga untuk mengenali satu bangsa yang halus rahsia dhomirinya.

Ada yang sesaat awal meletakkan tapak kaki ke jalanraya bertar di bumi ini sudah kalah dalam pertaruhan lantas kembali ke tanah air akibat tak selesa jasad dan minda di sini. Katanya.

Ada yang di separuh permusafiran, baju di bagasi pun belum dipakai habis, sudah bungkus harapan, ingin segera meninggalkan negara 'sampah' ini, dek kerana semakin hari semakin tambah bencinya pada penduduk mesir. Ada saja waktu dia berlaga betis dengan orang arab, hari-hari yang dilalui penuh keserabutan dan tekanan perasaan. Maka pulang juga ia.

Ada pula sekelompok manusia, sebelum 'terbang' ke bumi kinanah, sudah menanam rasa takjub untuk ke sana. Setelah sampai, dia berkelana sepuasnya, memandang setiap gerak langkah budaya di Mesir dengan sisi pandang yang penuh curiuos, melihat telatah 'baran' arab dengan senyuman, melayan kerenah arab dengan penuh etika, sentiasa berfikiran positif dan mencari hikmah setiap susuk kehidupan masyarakat, natijahnya, semakin hari, cintanya makin menebal pada bangsa 'bara' ini. Ada saja hikmah yang Tuhan buka dalam menjalani hari-harinya di Mesir, tersingkap nilai-nilai murni masyarakat Mesir di depan bola mata dan minda sedarnya. Malah selama ini ter'doktrin' bangsa bebal itu rupa-rupanya sangat mulia pekerti mereka dan kekadang tidak menyangka layanan yang mereka berikan sangat istimewa tanpa mengira kamu bangsa apa dan dari apa negara pun.

Ini lah dinamakan 'Law of Attraction' atau aku namakan Fiqh Cinta.

Syukur, aku direzekikan berada dalam kelompok ketiga dan sungguh aku katakan aku merasai semuanya dan semakin hari, semakin mencintai orang mesir,

Alfu syukr. Alhamdulillah bi hazihi nikmah.

#tahya_misr
#pencintamesir
#selesaiMakanMalam
27/7/17
Mat'am Sin,
Abbasiyah,
Cairo.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari