Arabisasi: Suatu Penilaian
Judul ini sering menjadi topik hangat dan menjadi satu ‘bola tanggung’ kepada golongan liberalist dalam menghentam para asatizah khususnya lepasan Timur Tengah apabila mula menyebarkan dakwah islamiyyah di persada jana bijana(tanah air) Malaysia tercinta. Para liberalist ini selalu menunding jari bahawa para ustaz ini membawa budaya arab dari segi pemakaian, perbualan, tulisan, malah ada juga yang membawa balik sifat-sifat buruk bangsa Arab ke Malaysia. Mereka ini dengan berbekalkan imej ‘Kita Malaysian, kenapa perlu bawa budaya luar…?!” Mereka terlalu alergik dengan jubah, janggut, perkataan arab malah kalua muka persis arab pun mereka apolegik. Geli geleman orang kedah kata. Bagi mereka bangsa arab adalah bangsa yang mundur, bengis, pengotor dan macam-macam lagi lah imej keji yang mereka jaja-jajakan. Jadi, macam kita perlu reaksi kepada isu ini? Ini adalah pandangan peribadi aku, kalian berhak menerima, bebas menolak, malah aku sangat sarankan untuk kalian labuhkan pungg...