Modus Operandi Singkirkan Liberalisme: Suatu Kritikan Kasar



Secara drastiknya aku terus terjun ke perbahasan realiti pengamalan ideologi liberalisme di tanah air Malaysia. Sebenarnya puak liberalist dan seangkatan dengannya kebanyakannya adalah ajaran menyeleweng dari ajaran liberal itu sendiri, mereka ini lebih dikenali sebagai Liberal-Selective, atau lagi Pseodo-liberalist, bahasa mudahnya liberal memilih-milih, liberal sesat, atau ajet-ajet liberal. Ajaran sesat yang mereka bawakan tak langsung membawa fahaman ideologi liberal sebenar pun, malah memburukkan dan mencontengkan lagi wajah liberal.

Sebagai contoh, puak ajet liberal ni suka menunggang istilah human rigt kononnya memperjuangkan hak asasi manusia, jadi mereka memperjuangkan hak mengamalkan lgbt, seks songsang, transgender dan sebagainya atas alasan memperjuang hak minoriti dan hak memilih juga melepaskan manusia dari belengu agama, tapi bila ada seorang ini memilih untuk mengamalkan agama dengan minda yang rasional dan sedar, mereka pulak menentang. Liberal apakah ini menghalang keterbukaan dan hak memilih orang lain? Tidakkan terjadi kebebalan di situ?

Sama juga lah puak Femenist, asal ajaran femenisme adalah ‘women empower’ membangkitkan wibawa wanita, duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan lelaki. Jika ikut ajaran asal, ia perjuangan yang suci dan positif, tetapi malangnya dah diseleweng dan ditokok tambah oleh pemuka feminist yang dunggu. Perjuangan feminist mula menyimpang apabila mula merendah-rendahkan kaum lelaki, mencaci maki lelaki, menuduh ulama islam patriaki, mentafsir al-quran dengan tafsiran konon feminist, jadi kalian lihat tidakkah mereka ini hanya semata menyebarkan kebodohan dan kesesatan atas kesesatan kepada masyarakat?

Nilai sendiri.

Jadi, apa modus operandi untuk runtuhkan ideologi mereka ini?

Pendapat aku, tak perlu pun adakan wacana-wacana ilmiah dan akademikal untuk berdepan puak ini. Kalau buat pun, mereka dah disaluti kebebalan yang tebal, jadi tak da faedah berdiskusi dengan mereka, lagipun mereka kebanyakan dah menyeleweng, buat apa berbincang dengan orang yang sesatkan? Kah!

Seterusnya apa yang kita nak buat?

Begini, kita cuma lakukan sahaja apa yang telah mereka buat untuk meruntuhkan institusi islam di malaysia. Kalau kita ikuti gerakan mereka, mereka selalu menyebarkan dakyah menjatuhkan kreabiliti institusi mufti, jakim, dan sebagainya, jadi dengan itu masyarakat memandang bahawa institusi ini tidak punya autoriti untuk bercakap soal islam, dan sesiapa sahaja boleh mengulas bab  islam.

Ya, dengan mencabut autoriti mereka dalam membawa agenda liberal mereka, dengan erti kata lain membuang kepercayaan masyarakat bahawa mereka membawa erti liberal sebenar. Jelaskan penyimpangan mereka, dan sebarluaskan bahawa mereka tak layak bercakap soal liberal, cabut kepercayaan masyarakt bahawa mereka bercakap soal kebenaran tentang liberal.
Perkara ini memang ambil masa, tapi ia akan berkesan suatu hari nanti.
Kelak, mereka bangun membawa idea2 liberal, masyarakat akan mencemuh dan merendahkan kreabiliti mereka, sedikit demi sedikit ajaran liberal akan mengucup kerana pendokongnya hilang kepercayaan dalam melontarkan pandangan.

Perkara ini memang masih jauh, tapi jika kita gerakkan sikit-sikit, lama-lama bukit itu akan juga runtuh.

Ok, dah bebel panjang.

Sapa yang liberal baca ini, sila duduk diam dan jangan lari.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari