Ramadhan Exam: Persediaan dan Strategi

Ramadhan Exam: Persediaan dan Strategi

Untuk kali ini, aku nak ceritakan bagaimana persediaan yang aku buat atau lebih mudah strategi belajar aku sepanjang waktu exam. Boleh katakan aku amalkan cara ini hampir 3 tahun. Cuma exam tahun tiga ini aku asahkan strategi ini supaya lebih tajam, lebih menusuk rongga-rongga mental fizikal ku.
Dan agak mengejutkan aku boleh ikut segala plan disusun dengan baik, hari demi hari, subjek mana yang diutamakan, mana yang kemudian dan sebagainya.

Baik, aku bahagikan strategi ini kepada:
1. Sebelum Tarikh Exam
2. Semasa Fatrah Exam
3. Hari-hari Exam

1-Sebelum Tarikh Exam (26 Jun 2019)
|Uzlah|
Selalunya persediaan exam atau study week mula sebelum sebelum tarikh exam sebenar. Jenis aku, aku akan tangguhkan kelas-kelas talaqqi, dan akan bermuqim di rumah saja, lebih tepat dalam bilik, kiranya memang full day uzlah. Cuma tahun ni, termasuk dalam bulan Ramadhan, jadi kelas talaqi banyak tangguh awal, maka uzlah aku berlangsung selama dua bulan straight.

Jadi, apa aku buat sepanjang uzlah ini?

Pertama, aku akan buat jadual ikut hari, aku ada 12 subjek dan setiap subjek hanya selang sehari. Jadi satu subjek akan amik masa dalam 2-3 hari. Aku letakkan prioriti study subjek akhir ke subjek yang paling awal. Contohnya subjek last Ilmu Nafs, maka aku study itu dulu, subjek pertama Tauhid aku study dua hari sebelum tarikh exam.  Faham kan?

Aku akan ikut hari-hari yang disusun dengan baik, maksudnya semua sampai target ikut hari yang ditentukan.

| Pembacaan Umum|
Aku akan baca semua muqorror samada dari buku teks ataupun nota kuliah tanpa skip, walaupun sesetengah orang akan skip yang dah masuk takhaluf dan sebagainya, tapi aku baca ja. Dan, aku takkan spot soalan. Spot soalan agak berbahaya sebenarnya. Exam di Azhar kita tak jangka, ambil langkah keselamatan aku baca semua.

Kemudian, aku akan highlight apa yang aku baca, ini akan membantu lepas ni nak recall, kita tahu ia dah dibaca.
Masa ini jugak aku cari makna, fahamkan murad ayat secara general tanpa jalinkait setiap info. Just baca ja. Sebab apa?
Nanti masa kita nak recall, setidaknya kita dah jumpa perkataan2, jadi akan mudah dihafal. Jelas?

2. Semasa Fatrah Exam
Kita bergerak pula strategi kedua, sehari sebelum exam setiap subjek.

|Pembacaan Analitik|
Setelah lepas fasa pembacaan, sehari atau dua hari sebelum exam, aku akan buat pembacaan secara analisis. Maksudnya masa ini, aku akan jalinkait setiap info dari pembacaan awal aku, aku akan susun info, akan rajahkan, dan akhir sekali simpulkan pembacaan. Ini sangat penting sebab kekadang apa yang kita baca atau hafal, ada info yang lebih kurang sama, takrif yang dekat2, tarikh lahir, tahun, tempat dan lain2 lagi. Ini sangat membantu aku klasifikasi maklumat untuk aku agar tak bercampur baur.

Selepas selesai pembacaan analitik, aku akan bergerak ke proses hafalan.

| Hafalan |
Ok, untuk next step adalah hafalan, sebaiknya masa ni dah ada nota yang proper, ia sangat membantu untuk perkukuhkan hafalan. Benda pertama aku buat adalah tengok muka surat nota, ada yang 13, ada 18, paling banyak setakat ni 32 muka surat tak silap subjek Firaq Islamiyah. Dalam menghafal, penting untuk kita ada bayangan muka surat, di bahagian mana, berapa pecahan, point dan lain-lain lagi.

Kemudian aku akan mula menghafal, nota yang dah dihighlight, dan dianalisis akan mudahkan untuk aku catch up apa yang nak dihafal dengan lebih berstruktur.

Cara paling gemar adalah hafal sambil menulis, bukan jenis aku menghafal kuat-kuat, sesetengah orang memang cara dia hafal macam dan selalunya jenis Audiotik, tapi aku mungkin jenis Kinestetik kot, otak akan lagi laju dengan menulis apa yang dihafal, dan Visualistik, aku akan ingat apa yang aku tulis. Kaedah ni bukan macam tulis nota tau, satu persatu, aku tulis apa yang aku hafal dengan tulisan cakar ayam, maksud aku tulis laju seiring perkataan-perkataan yang lintas dalam otak aku. Kalau aku tersekat atau susah nak ingat kalimah-kalimah tu, akan ulang tulis berkali-kali sampai ingat struktur ayat tu. Satu lagi, antara sebab aku guna kaedah ini sebab aku fikir, nanti dalam dewan exam, aku akan menulis bukan menghafal mulut, melainkan lah kalau syafawi kan. Jadi masa dalam dewan exam, bila nampak soalan dan dapat keypoint jawapan, aku ibarat tulis balik ja sebijik-sebijik apa yang aku tulis masa hafal sebelum tu. Jadi lebih lancar dan tak tersekat.

Selepas habiskan hafalan, aku akan mula ingat dimana tempat setiap point, di muka surat mana, samada atas, tengah, bawah, dan ingat setiap subtopik itu ada berapa point, ada berapa nombor. Ia akan membantu semasa menjawab soalan nanti.

Selesai, aku selalunya akan tidur awal, average jam 10-11 malam aku akan tidur, secara peribadi aku tak biasa tidur lewat, badan aku akan rasa sengal mula jam tu, dan aku bukan jenis stay up, jadi aku tidur awal.

|Hari Exam|
Bila tidur awal, komfem bangun awal. Aku bangun solat tahajud, solat sunat subuh, solat subuh.

Kemudian aku akan sambung tidur sampai jam 6 atau 7 pagi, selalunya memang akan sharp. Masa tu badan dan otak aku memang betul-betul segar. Aku bangun, basuh muka, kemudian buka tingkat amik cahaya pagi matahari.

|Recall|
Kemudian aku kembali ke meja study, ambil kertas kosong, aku akan mula tulis balik satu persatu apa yang aku hafal, ikut topik, ikut bab, ikut point, ikut baris. Ya, satu persatu. Kalau untuk mencabar minda aku dan nak test hafalan aku, aku akan mula dari muka belakang hingga ke depan, walaupun kekadang agak berat sebab kita hafal dan susun dari depan ke belakang, tapi cara ini sebenarnya akan lebih kuatkan hafalan, sebab kita melawan arus dan tak dalam zon selesa.

Jadi, aku akan recall tulis sampau average pukul 9, kekadang ada yang subjek yang sikit aku habis 8.50, kalau yang banyak pkul 9.05 paling lewat. Lepas agak push tulis tu, otak aku jadi padat balik, aku rebahkan badan sekejap. Kemudian, bersiap untuk mandi, sebelum mandi, aku keluarkan pen, pembaris, kad kerneh dan letakkan atas buku sebagai simbolik aku dah selesai hafal dan recall, pastu baru pegi mandi.

Selalu aku akan mandi dengan air suam panas, masa mandi gosok urut urat-urat kepala yang dah kejang, sekitar 5 minit aku selesai mandi, bersiap pakai baju semua. Kemudian, solat dhuha. Kemas beg, masukkan semua buku dalam beg, pen, pembaris dan kad kerneh aku masukkan dalam poket.

|Bertemu Exam|
Jam 9.15 aku akan mula melangkah keluar dan berjalan menuju ke kuliah. Aku selalu pegang tasbih saja, selawat sampai  depan pintu kuliah. Aku tak biasakan diri baca nota mahupun pegang nota semasa berjalan, sebab bagi aku, baca nota masa bejalan tak efektif pun, malah ia petanda bagi orang yang kurang persediaan. Bagi aku, aku dan selesaikan hafalan sampai jam 9 tadi, ia sudah cukup.

Sampai kuliah jam 9.30, aku terus meluru masuk ke dewan kuliah, cari tempat duduk yang selesa, duduk dan tenangkan diri. Keluarkan dan letak susun pen, pembaris dan kad kat atas meja, aku keluarkan nota untuk aku speed recall yang berbaki masa 10-15 minit sebelum mula exam. Masa tu akan aku start dari awal sampai ke belakang nota, ulang ingat terutama nama tokoh, tarikh, ayat quran, hadis, dan term yang susah nak ingat, setelah selesai, aku tutup nota dan simpan beg di belakang.

Kembali di tempat duduk, kertas jawapan diedarkan, tulis nama, kuliah, syukbah, tarikh, subjek dan angka giliran di muka depan, kemudian buat garisan tepi sampai ke helaian tengah. Habis semua pekerjaan tu, aku letak pen tepi, tenangkan diri, tepat jam 10, kertas soalan diedarkan.

Sampai di depan aku kertas, dan aku mula menjawab.

Bersambung....

2/7/19
Darrasah,
Cairo.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari