Lebarkan Sayap Sebelum Terbang (1)
“Kita mengaji ikhlas kerana akhirat, bukan sebab kerja untuk dunia” Ya..betul..tapi ini terlalu idealis. Penuntut ilmu agama tak boleh terus beromantisme begini. Hasilnya, para asatizah jadi mandul, tak berdaya saing, dan banyak balik Malaysia, lepas tamat belajar menganggur. Akibat, tiada perancangan, hanya tawakal dan berserah. Sekurang kita perlu idrak waqie’ dan tahu apa cabaran, dan well prepared untuk survive nanti. Oleh kerana itu, aku sendiri perlu mulakan langkah sebelum menamatkan pengajian di fasa degree, walaupun sebenarnya aku dah buat sekitar dua tahun lalu, sedikit demi sedikit. Ini perancangan jangka masa panjang, visiku jauh bagaimana mahu berenang di lautan realiti terutama dalam industri pekerjaan kelak di Malaysia. Aku mahu kongsikan serba sedikit moga dapat membantu serba sedikit sahabat membuka mata akan realiti sebenar. Pertama: Semenjak tahun 3, aku sudah jalinkan hubungan dengan para pensharah yang mewakili madrasah pemikiran masing-masing di Malaysi...