Lebarkan Sayap Sebelum Terbang (1)



“Kita mengaji ikhlas kerana akhirat, bukan sebab kerja untuk dunia”


Ya..betul..tapi ini terlalu idealis. Penuntut ilmu agama tak boleh terus beromantisme begini. Hasilnya, para asatizah jadi mandul, tak berdaya saing, dan banyak balik Malaysia, lepas tamat belajar menganggur. Akibat, tiada perancangan, hanya tawakal dan berserah. Sekurang kita perlu idrak waqie’ dan tahu apa cabaran, dan well prepared untuk survive nanti. 


Oleh kerana itu, aku sendiri perlu mulakan langkah sebelum menamatkan pengajian di fasa degree, walaupun sebenarnya aku dah buat sekitar dua tahun lalu, sedikit demi sedikit. 

Ini perancangan jangka masa panjang, visiku jauh bagaimana mahu berenang di lautan realiti terutama dalam industri pekerjaan kelak di Malaysia. Aku mahu kongsikan serba sedikit moga dapat membantu serba sedikit sahabat membuka mata akan realiti sebenar.


Pertama: Semenjak tahun 3, aku sudah jalinkan hubungan dengan para pensharah yang mewakili madrasah pemikiran masing-masing di Malaysia. Setakat sekarang, antara pensharah yang aku sudah rapat ialah Prof. Wan Suhaimi pensharah di Casis yang membawa pemikiran Prof. SMN al-Attas. Antara idea besar yang dibawa adalah Worldview of Islam dan Islamisasi Ilmu. Sumbangan Prof al-Attas samada dalam turath mahupun ilmu modern tidak perlu diperjelaskan lagi. Aku boleh rapat dengan Prof Wan sejak aku jadi pengarah Wise tahun 2019, semenjak tu aku banyak rujuk dan bertanyakan soalan pada beliau. Seterusnya, aku mula berkenalan dengan Dr. Amran Muhammad, pengarah Issi, induvidu yang aku fikir sangat terkehadapan dalam memperjuangkan tajdid Ilmu Kalam. Banyak yang aku belajar dari beliau bagaimana implementasikan pengajian turath aku di al-Azhar dan mensegarkan semula dengan terma moden. Aku mula berkenalan dgn Dr Amran sejak aku menziarahi beliau dan hadiri konvensyen pembentangan beliau di UM. Kemudian, terakhir aku berkenalan dan berinteraksi dengan Dr. Alinor salah seorang ahli matematik, ahli falsafah dan sejarawan melayu. Beliau mengendong madrasah Falsafah di Malaysia, setakat ini aku mula berjinak dengan komuniti falsafah melalui jalan beliau. Aku mula dengan pembentangan kitab Aqaid Nasafiah di page PPFM, sejak itu aku sering bertukar pandangan dengan Dr. Alinor. 

Dengan hubungan bersama pensharah dan berkhidmat kepada mereka aku harapkan sepulangan aku ke Malaysia aku terus ada akses dengan mereka untuk terus belajar dan menjadi anak didik mereka. Juga mempermudahkan urusan ku untuk sambung peringkat sarjana kelak. 


24/8/20

Cafe Maradona

BM vs PSG (1-0)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari