Ia Wujud

 

Hari ketiga kuarantin.

Tingkat 22.

Bilik 22019. 

Clio Sunway Hotel. 


Sebenarnya, sampai ke harini aku masih teringat pengalaman angker yang mengoyak logikku, menghambat imaginasiku ke bulan purnama. Pertama kali batinku diserang bertubi-tubi tentang kewujudan ‘sang peneman’ sewaktu kuarantin tempoh hari.


Jika sesiapa yang ada tengok ‘story’ aku di whatsapp tentang penemuan sehelai rambut lebih kurang 20cm yang aku temui di atas singki bilik air, sebenarnya ada cerita susulan yang tidak aku khabarkan yang terjadi, aku diamkan untuk menjaga logikku agar tidak terkoyak rabak dek berbaki hari-hari yang masih panjang di bilik 22019. 


Penemuan pertama helaian rambut itu sebenarnya menjadi tanda tanya di benakku akan kehadirannya, segala teori telah ku susun untuk menghambat akalku di pertengahan logika, kawan-kawan juga ramai membantu, ada yang kata rambut room servis, ada kata makcik cleaner, yang lagi advance makcik karipap! Tapi itulah aku kat tingkat 22, jenuh jugak makcik karipap nak panjat tinggi-tinggi..gayut oii..

Jadi begitulah candaan untuk menenangkan sanubariku yang masih keseorangan di bilik yang sunyi. Aku berkira-kira itu mungkin rambut penghuni sebelum yang terselit di mana-mana dan aku baru terjumpa. Ok! Make sense!

Tapi..malam tu aku tetap tak boleh lelapkan mata, entah kenapa, jadi aku buka lampu seluruh bilik untuk melawan kegelapan setiap penjuru bilik. 


Ok, menyinsing fajar hari ke empat kuarantin, aku buat rutin harian, makan, wirid, baca buku, tengok berita, sidang media DG, sidang media Mkn, hinggalah malam bertamu. 

Malam ni aku ada janji temu dengan sahabat-sahabat Apt di Google Meet, alasannya nak bincang tentang perjalanan Apt Mesir, tapi di sebalik tu nak mengisi kesunyiaan aku jugak dan alang-alang kami dah lama tak bersua muka. Secawan nescafe susu turut menemani aku berbincang dengan mereka. 

Di kesempatan itu, sambil berborak, aku pun secara tak sengaja ungkit kisah semalam, kami pun tergelak terbahak mengenangkan peristiwa itu. Sambil bercerita, aku pun berjalanlah menunjuk ruang bilik acah-acah room tour dari pintu depan hingga kebelakang. Kami pun masih bergelak ketawa mengisi setiap telahan masing-masing. Aku pun duduk kembali di kerusi dan meja posisi di awal tadi. Dalam berborak, mata aku terpandang cawan yang telah aku habisi nescafe susu tadi, aku terlopong, mata aku berpinar, otak aku henti berligat. 

Ada rambut dalam cawan!!! 

Sahabat-sahabat yang tadi sambil ketawa pelik melihat aku terdiam seketika, dan bertanya apa yang berlaku, aku secara ‘live’ tunjuk rambut dalam cawan tu, ketiga-tiganya juga terkejut dan masing-masing menenangkanku. 


Otak aku masih jammed! Logik apakah lagi yang nak aku bina untuk benarkan kejadian itu? Kalau rambut di bilik mandi ia agak logik dan pelbagai teori boleh difikirkan. Tapi...ini rambut dalam cawan! Dan cawan itu yang aku minum nescafe baru beberapa saat tadi! Aku mengusap umbun kepalaku, masih tak percaya apa yang berlaku. Aku pun habiskan perbualan dengan mereka lagipun masa tu dah pukul 12 malam. 

Malam tu sekali lagi aku tak boleh tidur dek kerana peristiwa tadi. 


Sejak dari haritu, sebenarnya dalam tiga empat kali juga aku jumpa utasan rambut dalam bilik air, yang aku yakin itu bukan rambut aku dan bukan rambut sesiapa. Ia mungkin rambut makhluk lain. Dah banyak kali terjumpa, aku ambil inisiatif endahkan saja, mana yang terjumpa aku simbah ja dengan air dan ada yang aku flush dalam tandas. 


Walaubagaimanapun, aku bersyukur tak direzekikan untuk ternampak penampakan lain, atau dengar apa-apa bunyi yang pelik-pelik sepanjang kuarantin. Aku pun dapat isi masa lapang dengan baik dan tak terasa membazir waktu sepanjang dua minggu itu. 


Balik haritu aku cerita kat mak ngan abah, abah kata “Memang la dia tak tunjukkan diri, nanti sia-sia ja kena bakaq ngn ustaz”

Hahaha..Aku pun tergelak jugak..


Jadi itu jalah kot extended version bagi kes rambut kakak di bilik kuarantin aku. Tiada niat lain selain nak berkongsi, terima kasih sudi baca sampai habis. Doakan aku sihat-sihat selalu. 



2.05 pagi, 

25/11/20

Kulim, Kedah.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari