Rehlah Tahtawiyah 1

 


[Hari Pertama]


26 Oktober 2020

10.30 pm: Tiket yang dibeli untuk bertolak dari Cairo ke Suhaj pada jam 11.30 malam, kami tiba awal di stesen keretapi Ramses sebagai persediaan dan tidak mahu bergegas mengejar keretapi. Aku, Mursyid dan Ustaz Ridho menaiki train bernombor 890 di platform 10, sedangkan Islah tiketnya asing menaiki Qitor Russi(tidak berpendingin hawa) di platform 9 bergerak jam 11.15 malam. 


11.30 pm: Hampir satu jam berdiri menunggu, akhirnya train sampai, kami terus berlari anak ke gerabak 9 kelas dua, aku menduduki kerusi bernombor 42 bersebelahan dengan orang arab, Mursyid dan Ustaz Ridho duduk bersebelahan. 

Ustaz Ridho dan Mursyid masih berborak bertukar pandangan memgenai Indonesia-Malaysia, sedangkan aku perlahan-lahan mengenakan earfon untuk berehat dan menenangkan minda memulakan perjalanan 6 jam ke Suhaj. 

Di awal perjalanan aku kerap berbalas mesej dengan Syaikh Mustofa untuk update perjalanan dan stesen-stesen yang kami singgah agar tidak terlepas stesen yang perlu kami turun iaitu di Stesen Tahta.


5.30 am: Stesen kedua terakhir iaitu di Tima aku menghubungi Syeikh untuk kemas kini perjalanan ke Stesen Tahta mungkin mengambil masa lebih kurang 10 minit lagi. 


5.45 am: Fajar makin menyinsing, udara persekitaran menncengkam tubuh, kami melangkah kaki keluar dari train di Stesen Tahta. Dalam beberapa minit sudah nampak kelibat Syeikh berjalan ke arah kami. Seusai bersalaman dan berpelukan, kami masih menunggu Islah, sebab dia sampai awal dari kami. Setelah beberapa kali berhubung akhirnya bertemu di salah satu mercu tanda di situ iaitu Masjid Tahta berdekatan dengan stesen keretapi. 


6.00 am: Kami berjalan perlahan-lahan sepanjang kiri kanan kedai dan mahal yang belum dibuka, syeikh ceritakan serba sedikit hal ehwal tempat itu, bangunan-bangunannya, sekolah, pejabat urusan, universiti, dan beberapa tempat hot spot di situ. Kami juga melalui ladang terbuka kata syeikh tempat di mana pelajar jurusan perladangan akan lakukan aktiviti praktikal di situ, kami juga melalui gerombolan kambing yang disiagakan seorang pengembala muda dengan memegang sebatang tongkat.


6.45 am: Setengah jam berjalan kaki, akhirnya sampai di rumah syeikh. 

Cuma expectation aku sememangnya meleset, jangkaan aku rumah syeikh seperti rumah batu bersalut tanah liat, di kawasan berpasir, sebelah sungai, dengan gerombolan binatang ternakan kerna itu sememamgnya pengalaman dan gambaran yang terbayang di mindaku semasa aku ke Humaisara’. 

Rupa-rupanya...Indah Rupa Dari Khabar! Kawasan di sini saling tak tumpah seperti di Cairo, rumah syeikh di salah satu imarah(apartmen) di sini. Kami menaiki bangunan hingga ke tingkat 6, ternyata rumah syeikh itu syaqah yang berkali ganda cantik dari rumah kami di Cairo! Syaqah tiga bilik dan ruang tamu yang besar. Menurut syeikh, syeikh beli syaqah ini sebagai aset dan untuk buat sewaan, dan sewa di sini hanya 700le untuk syaqah sebesar ini? Wah..

Setelah kami meletakkan beg dan melepaskan lelah, syeikh tanyakan “buka telefon kamu, aku berikan password wifi”

Wahh..ini kejutan kedua..siap ada wifi..memang betul-betul unexpected. Awal nak gerak semalam, mungkin rehlah ini aku hanya bergantung dengan data tak pun takda line, namun meleset lagi..


7.30 am: Syeikh bawakan safrah sebagai alas untuk hidangan sarapan. Menu sarapan harini kami makan fuul, jubnah, halwa, telur rebus, salatoh dan lain-lain. Sambil menjamu selera, kami berborak-borak dan banyak bertanya kepada syeikh tentang Tahta dan para ulamanya. 

Syeikh ada maklumkan berdekatan di sini ada rumah serta maktabah tokoh besar Mesir Syaikh Rif’ah Tahtawi, antara induvidu penting membangunkan pendidikan di Mesir, zaman pemerintahan Muhamad Ali Pasha, dan juga murid kepad Syaikhul Azhar Syaikh Hassan al-‘Attar. Ketika itu Syaikh Hassan Attar menghantar dua murid rapatnya Syaikh Rif’ah Tahtawi ke Perancis dan Syaikh Ali Tontowi ke German untuk belajar selok belok pendidikan di sana dan bawa balik ke Mesir. Dengan jasa tokoh-tokoh ini, Mesir bergerak ke zaman permodenan dari segi teknologi dan pendidikan. 


8.30 am: Seusai makan dan masing-masing kenyang perut tali kecapi, dan mengemas tempat makan, syeikh bawa kami untuk ziarah maktabah beliau. Untuk ziarah maktabah ini aku akan perincikan di ruangan lain tentang manhaj dan metode bagaimana syeikh menyusun atur kitab-kitab beliau di rak. Sangat-sangat mengujakan aku. 


9.30 am: Syeikh beri ruang untuk kami tidur dan berehat seketika untuk melepaskan kepenatan musafir.


11.30 am: Kami masing-masing bangun dan menunaikan solat Zohor. 

Bersiap, mandi dan membersihkan diri. 


3.45 pm: Syeikh bawa makanan malam yang berupa masakan isteri syeikh. Makanan yang disediakan:

  1. Daging panggang
  2. Fasuliya(kacang dengan kuah tomato)
  3. Salatoh
  4. Mulukhiah
  5. Nasi

Sungguh menyelerakan dan mengenyangkan dan puas hati dengan makanan yang dihidangkan. 


4.30 pm: Solat asar dan kami banyak berehat dan berborak. Bertukar pandangan tentang negara Malaysia dan Indonesia berkenaan budaya, bahasa, agama dan pelbagai lagi buah fikir bersama Ustaz Ridho.

Kemudian ada juga kami bincangkan tentang beberapa isu kontroversi berkenaan al-Azhar, beberapa mauqifnya dan perseteruan antara badan-badan berpengaruh di Mesir. 


5.30 pm: Solat maghrib. 

Selesai solat maghrib, kami buat bacaan hadis kitab Awail al-Azhariyah bersama Syaikh Mustofa dari hadis pertama hingga ke 26. Kemudian kami melanjutkan perbincangan tentang metode syeikh menyusun kitab awail, dan diskusi ringkas ilmu mustolahat hadis. 


7.30 pm: Solat Isyak dan berehat. Syeikh maklumkan dalam jam 9, akan keluar untuk ziarah kawan-kawan syeikh. Jadi masa yang ada aku ambil kesempatan untuk lelapkan mata dan berehat. 


9.00 pm: Kami bersiap dan keluar berjalan kali ke kedai Mahmud salah seorang anak murid syeikh, dia pemilik kedai khatam(buat cop) di pekan Tahta. Kami berborak sambil mengenakan Qahwah Tahtawiyah. 


10.00 pm: Kawan syeikh Abu Janah datang dengan kereta dan bawa kami pusing pekan Tahta, dalam masa yang sama syeikh memperkenalkan bangunan dan tempat-tempat penting di sana. 

Kemudian terus ke rumah seorang lagi sahabat syeikh, Abu Karim Ustaz Mahmud. 

Sebelum pulang, kami sekali lagi dihidangkan dengan fatirah homemade yang dihidangkan dengan madu, madu hitam, keju dan yogurt. 

Kemudian ditutup dengan syai. 

Setelah semua kenyang, kami meminta diri pulang. 


12.30 am: Tiba di rumah. Sebelum tidur, disebabkan masing-masing masih celik mata, kami sempat buat diskusi ringkas berkenaan beberapa isu falsafah, ideologi, dan Prof al-Attas. 


2.30 am: Melayari bahtera.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari