Wanita Nan Dicinta


Si dia yang menggugah jiwa,

Walau pertemuan sekejap cuma, 

Ingin lagi aku menatapmu, 

Tika telaga mata bertamu,

Sepintas lalu, 

Sekilas pandang, 

Tiada banyak masa tika itu, 

Aku berlaku pergi, 

Kamu tetap di sana, 

Meneruskan sisa tergendala. 


Si dia yang menggugah jiwa, 

Aku berkelana sepelosok alam raya, 

Ketemu ramai wanita, 

Namun kamu punya istimewa, 

Yang tiada pada wanita selainnya. 


Matamu indah nan bercahaya, 

Wajahmu damai meruntun jiwa,

Hatimu mulus, tulus dalam berkata,

Tulus dan kudus bak nirmala, 

Tiada aku jumpa wanita sesempurna untuk diriku yang hina. 



Si dia yang menguggah jiwa, 

Ini mungkin tidak lah secara terus, 

Kerana lidahku belum cukup lurus,

Aku berharap agar engkau menjadi pendamping hidupku, 

Hingga hari tuaku, 

Membina mahligai bersama. 

Hingga ke syurga. 


Warkah ini dari pemilik jiwa yang tergunggah kepada wanita nan dicinta. 

Pemilik hatiku.



2.11.2021

Klang, 

Selangor.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari