Pagi Ahad di Taman Rakyat



 Pagi Ahad di Taman Rakyat


Pagi ahad yang dingin nan redup.

Otakku ligat berputar, mata liar merekod tingkah manusia, manusia di sekelilingku, walau kaki lagak bergerak, kadang berjalan, kadang berlari anak, aku tak henti fikir analisa sifat mereka.


Sudah menjadi rutin mingguan setiap pagi ahad, aku akan jogging di Taman Rakyat Klang berdekatan dengan perumahan Sri Andalas.


Aku boleh katakan bahawa aku sangat suka dan dah lama tak melihat evironment rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama terlihat mesra, bersulam antara satu dengan yang lain, lebar senyuman di serata tempat, menambah girang sang mentari yang baru mengerling di balik awanan pagi ahad.


********************


Oklah…aku tau ayat aku berbunga.. hahaha ok..aku try pakai ayat tak formal untuk gambarkan apa yang aku perhatikan sepanjang beriadah di sini. Hampa pun tak lah cringe sangat bila baca nanti.


First sekali, kat sini ada beberapa kelompok dan jenis orang. 


  1. Kalau hampa masuk ja taman tu, akan ada sekumpulan aunty cina. Depa ni lebih kepada taichi aku rasa. Set pakaiannya depa akan pakai tshirt, skirt pendek dan berseluar, gerakan riada depa ni lebih kepada gerakan badan mengikut intonasi muzik yang dimainkan. Ada sekali tu siap bawak pedang lagi.fuh..macam yang hampa pernah tengok gimnas taichi tu..hah..macam tu gerak riada depa. So..cultured!
  2. Jalan depan lagi, hampa akan nampak 3 kumpulan sedang beraerobik(atau zumba) aku pun tak pasti. Satu kumpulan besar, itu memang depa ada team depa sendiri, seorang lelaki melayu berkasut kuning beserta konco-konconya akan bersenam tari kat atas podium, dan akan diikuti hadirin kat bawah. Selalunya aku perasan dalam 30-40 orang jugak join yang terdiri dari pelbagai bangsa dan umur. Selalu iringan lagu aerobik kumpulan ini akan bernada rancak, pop kekadang lagu dimainkan tu dari arab, bollywood, cina, indonesia dan lain-lain. Itu sebab acara kat situ agak meriah berbanding yang lain. Acara itu akan berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi.
  3. Bila berjalan lagi, akan nampak satu kelompok uncle cina yang sado-sado tengah workout diiringi lagu heavymental, mereka akan ambil satu sudut terpencil sebelum selekoh naik atas bukit. Satu sudut lain pulak, ada kelompok kecil anak muda melayu  juga tengah workout versi millenial sikit, ada iringan lagu ganas jugak, tapi geng ni nampaknya bawak lebih sikit peralatan, ada dumbell, pastu tali dan lain2. Aku pun tak tau sangat. Hahaha.
  4. Kemudian berdekatan situ jugak, ada satu kawasan yang berbentuk 8 dan ada pokok kat tengah. Aku selalu perhatikan ada satu pasangan cina, tua dah, mungkin dalam 60an. Depa dua ni akan bergerak perlahan-lahan mengikut angka 8 tu sambil mengarahkan tangan kanan pokok kat tengah tu. Haaa..hampa dapat bayangkan dak.. haha..Depa akan ulang-ulang banyak kali, sambil menunjukkan ekspresi yang serius dan fokus. Agak menarik jugak..haha.
  5. Aku teruskan berjalan lagi menaiki bukit, sepanjang berjalan tu aku bertembung dengan pelbagai jenis ragam, ada yang jalan berdua, ada jalan berkumpulan, ada yang jalan single(*macam aku..haha), ada yang berjalan, ada yang berjogging, ada yang berlari, ada berbasikal, ada naik skuter, dan macam-macam lagi lah. Ada juga beberapa uncle-uncle india ni akan amik port kat atas bukit tu untuk bersenam..agak terpencil jugak.
  6. Kemudiankan..ada sorang uncle cina ni..agak menarik perwatakannya..dia selalu pakai seluar pendek paras lutut, tak berbaju dan berkaki ayam, dia akan round taman ni dengan berjoging atau berjalan. Bila mana dia jumpak sesiapa pun dia akan angkat tangan. Ya.. setiap orang yang dia bertembung dia akan sapa dan akan senyum. Yang menariknya, orang yang dia sapa tu akan balas sapaan dia balik. Mula-mulakan aku ingat dia ni wali majzub ka apa..rupanya dia memang macam tu.


Lepas tamat sepusingan taman rakyat, aku akan rehat kat tempat parking moto sambil meneguk air mineral membasahkan tekak. Depan aku ada satu kedai makan yang diusahakan oleh sepasangan orang melayu. Makcik tokey kedai tu sangat peramah, kalau boleh pelanggan yang mai tu semua dia ajak sembang. Dan aku nampak kedai tu sangat meriah, pelbagai bangsa india, melayu, cina semua kan situ. Yang india makan nasik lemak, yang cina minum kopi o.., yang melayu makan koeyteaw goreng..sambil borak-borak satu meja bergelak ketawa. Sangat harmoni, sangat ceria. Ada sekali tu ada sorang uncle india ni belanja minum sorang aunty cina yang dia tak kenal, mula aunty tu tolak, pastu makcik tokey tu kata..” kat sini dah biasa..kita semua orang Malaysia ma..”. Uncle tu pun kata..”ya betull..amik saja lah aunty…kita macam satu family..”


Inilah Bangsa Malaysia!


Itulah perkara yang menyelinap ke dalam kotak fikiranku setiap kali aku berada di taman reakreasi ini. 


Demikian lah serba sedikit catatan ringkas aku boleh rekodkan sepanjang hampir setiap minggu aku datang ke sini. Semoga dapat jadi diari kenangan aku di masa hadapan.




28/11/2021,

Taman Rakyat Sri Andalas,

Klang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari