Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula




Dewasa ini istilah 'Penunggang agama' sudah sinonim dilabelkan kepada para pewajah-pewajah yang membawa agama samada dengan cara salah ataupun meskipun mereka berada di jalan yang benar.

Aku sendiri tak pasti akan bilakah bermulanya pelabelan ini yang mana memberi sisi pandang positif dan negetif kepada agama Islam itu sendiri.
Apa pun seawal penggunaanya sememangnya menyentak para penjual agama yang mana mengunakan agama untuk keuntungan peribadi, memdapatkan wang serta kemahsyuran hanya dengan mengunakan kalimah berhias agama, semua yang diimpikan akan berhidang di depan mata seiring kemahuannya.
Dengan pelabelan ini, orang yang menjual agama semakin terbuka luas pekung busuk dan berulat di dadanya selama ini yang mana mengaburi orang sekelilingnya dengan kopiah putih dan title agamanya.

Selain itu juga istilah 'penunggang agama' ini juga menyebabkan para agamawan berhati-hati dalam menghujahi setiap langkah gerinya yang berkaitan dengan urusan agama.

Semua ini kesan positif atas penglabelan "penunggang agama" yang menjadi polemik di bibir pelbagai lapisan masyarakat sekarang.

Apa yang aku nampak dari isu ini?
Mari kita flashback sejarah peradabadan 'agama' di negara dan masyarakat kita.

Dulu..tak ada siapa pun mak ayah yang berani masukkan anak mereka ke sekolah agama kerana khuatir rezeki sempit, takut dianak tirikan dan masa depan gelap gelemat kerana pekerjaan berkaitan agama amat sempit ketika itu, jadi tak ada siapa yang berani ambil risiko.
Tapi sekarang...lapangan rezeki orang yang belajar agama semakin luas. Lemparlah kemana saja pun orang yang mengaji agama,pasti akan ada yang sambut, habis lekeh mengajar quran di kampung sudah boleh peroleh wang untuk sara hidup.
Ini menjual agama ka?
Tak,ini lah petunjuk minda masyarakat kita sudah berubah kepada penilaian semula kepada orang yang mengaji agama.
Profesion lain? Ada juga tempat, tapi realiti menunjukkan lambakan mereka yang tiada pekerjaan dan menganggur semakin ramai kerana cakupan pekerjaan mereka tertumpu pada satu bidang yang tidak banyak yang boleh mencapah ke bahagian lain.

Nak bukti? Nanti kalian pergi ke Ppd (Pejabat Pelajaran Daerah), minta guru ganti, lihat berapa potensi kalian dapat kerja jikalau kalian bidang math sains atau kalian bidang agama atau bahasa arab. Cuba sendiri, kalian akan tahu keputusannya.

Jadi, zaman dah berubah, bidang agama tuhan buka seluasnga di akhir zaman ini untuk menadah rezeki dariNya, manusia berlumba-lumba meng'agama'kan diri mereka untuk mereka mendapat duit. Apakah petandanya? Ini menunjukkan agama semakin menyusup masuk kedalam jiwa masyarakat, cuma ke salah fahaman yang mengheret mereka untuk memgunakan nama agama untuk berdagang.

Tugas kita sebagai pemasak agama yang sahih membetulkan golongan penunggang agama ini agar mereka kembali melihat agama dari perspektif yang betul dan tepat, bukan sekadar melempar labelan nista sebagai melepas geram kita kepada yang menunggang agama. Sekurangnya mereka 'attach' dengan agama berbanding kita yang sudah jauh dengan agama.

Dari sudut yang lain pula, senafsu kita membantai orang yang menunggang agama, bagaimana pula halnya orang yang mempermainkan agama? Aku melihat budaya ini makin menghakis dalam masyarakat umum kita. Orang sekular dan liberal semakin bermaharajalela mendomestikkan agama dengan serakah mereka, memperlekeh serta mencarik-carik agama menjadi ceraian halus, apakah mereka ini sudah mendapat tempat di hati pengkritik agama?
Agama menjadi sebagai alas kaki dan bahan ketawa gelak, dan realitinya, golongan ini pula mendapat pujian dan kata sanjung.

Ya, penjual ayat agama adalah satu kesalahan berat kerana memberi gambaran salah kepada agama itu sendiri, kita perlu sedar yang mempermainkan agama juga perlu diberi perhatian.

Tidak adil rasanya jika kita hanya menghukum 'penunggang agama' dalam masa yang sama membiarkan si 'pencarik-carik agama' hidup bebas menghirup udara segar sambil bertenggek hina diatas agama.

Pernah aku baca satu komik ringkas di mana ada segolongan yang 'open-minded'/ berusaha sangka baik kepada 'pencarik agama' tapi penuh syak wasangka/ terus menghukum kepada orang yang berpakaian agama.

Komiknya berkisar dua situasi dimana dua orang sahabat melaluai satu kelompok muda mudi yang berpakaian menjolok mata, bergaul bebas, buat aktiviti tak senonoh, maka salah seorang dari mereka dengan tenang mengatakan,

" Kita kena bersangka baik dengan mereka, zahir mereka tak mengambarkan iman dan apa yang berada di hati mereka, kita sama- sama doakan hati mereka terbuka kepada islam..."
Seorang sahabat lagi tersenyum akan sihat baik sangka sahabatnya.

Pada situasi kedua, dua sahabat ini melaluai seorang lelaki berjubah dan berjanggut dan wanita bertudung labuh,berniqab jalan berdua-duaan, terus sahabat yang 'open-minded' tadi mengetap bibirnya lalu menjerkah pasangan tadi,

"Woi...dasar ostad penunnggang agama!! Berlagak alim tapi gatal!! Ni sorang lagi pakai purdah konon..tapi gedik nak couple...puih!!!"

Watak tenang dan hikmah pada situasi pertama terus berubah menjadi singa kelaparan di situasi kedua.

Sahabat yang memuji tadi meronyokkan muka sambil berkata,
"Mereka tu suami isteri lah, yang kau nak marah-marah ni kenapa?".

Pasangan suami isteri tadi pun beredar tanpa pedulikan herdikan dan kata nista sahabat tadi.

Nampak bagaimana golongan ini beraksi sekarang di medan masyarakat?.

Inilah realiti berlaku sekarang. Semakin lama orang semakin takut beramal dengan agama,kerana takut dilabel 'penunggang agama' dan sebahagian lagi semakin galak dan rancak mempermain dan memperlekehkam agama kerana tiada siapa yang mengkritik mereka malah semakin mendapat tempat dalam masyarakat.

Apa yang perlu kita buat?

Ubah persepsi kita dan sentiasa berlapang dada serta jauhi diskriminasi dalam menghukum.

Sekali lagi aku ulangi, penunggang agama adalah satu kesalahan, pencarik-carik agama juga satu kesalahan yang tak boleh dipandang ringan.

Apa pun, teruskan dakwah dan sampaikan amanat ilmu dengan hikmah dan mauizah hasanah agar agama ini benar-benar suci dari sebarang dogma dan stigma.

Wallahualam.


20/7/16
Bait Filfilany,
Darrosah,
Cairo.

Ulasan

  1. Assalammualaikum, saya setuju dengan pendapat anda. Saya juga ada beberapa pendapat yang rasanya perlu dikeutarakan namun tiada daya kerana masih lagi jahil dan dhoif dalam hal-hal keagamaan. Pada pendapat saya, bagi penceramah-penceramah agama yang ingin berdakwah, sepatutnya dalam dakwah mereka perlu disertakan nas-nas atau dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadist-Hadist sohih Baginda Rasullullah SAW. Bukan dari pandangan akal sendiri. Perlu wujudkan kefahaman yang benar tentang agama. Untuk apa kita diciptakan dan sebagainya demi menjamin kebaikkan hidup di dunia dan di akhirat. Waullahualam...

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum, saya setuju dengan pendapat anda. Saya juga ada beberapa pendapat yang rasanya perlu dikeutarakan namun tiada daya kerana masih lagi jahil dan dhoif dalam hal-hal keagamaan. Pada pendapat saya, bagi penceramah-penceramah agama yang ingin berdakwah, sepatutnya dalam dakwah mereka perlu disertakan nas-nas atau dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadist-Hadist sohih Baginda Rasullullah SAW. Bukan dari pandangan akal sendiri. Perlu wujudkan kefahaman yang benar tentang agama. Untuk apa kita diciptakan dan sebagainya demi menjamin kebaikkan hidup di dunia dan di akhirat. Waullahualam...

    BalasPadam
  3. MasyaAllah saya juga turut dilabel sebagai penunggang agama. Tetapi niat Allah SWT saja yang maha mengetahui.

    BalasPadam
  4. Setuju. Izinkan saya kongsikan pandangan tuan untuk manfaat umum.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari