Trevelog Shita' Vol 2
Subuh yang dingin. Seusai solat, aku ke ruang tamu rumah Murt yang sederhana besar itu. Rumah bujang dua orang. Murt tinggal dengan seorang lagi student medic University Alexandria, kedua-dua mereka sama-sama di tahun empat sekarang. Aku melabuhkan punggung di atas sofa. Menghela nafas panjang. Menenangkan minda sejenak dari kekusutan dunia. Sedang aku melayan perasaan kosong seorang diri, Ahmad Ardy datang membimbit buku(*lupa judulnya) dan juga senaskah buku nota lalu menghempaskan badan di sebelah ku. Selang beberapa minit,datang pula Murt yang baru selesai solat subuh meramaikan ruang tamu. Kami mula berborak-borak, Murt menceritakan tentang kehidupannya di Alex yang yang berbeza kos sara hidupnya berbanding di Cairo, kemudian masuk perbincangan beberapa topik dalam buku yang dibaca Ahmad. Semakin lama, semakin rancak bersembang, Murt pula mengambil inisiatif membancuh Nescafe panas yang membasahkan tengkak sekaligus menambah mood perbincangan kami. Sejujurnya aku betul...