Aku Kembali

Alhamdulillah ke atas nikmat Allah yang Maha Kuasa dan limpah Rahmahnya.

Kira-kira lebih kurang enam bulan lebih aku tak update blog usang ini, kerana keralatan dalam membuka sesawang Blogger ini dan bahana keterlupaan kod lepas(password). Hari ini Allah memberi peluang untuk aku meneruskan karya-karya ku.

Entah ada yang baca atau tidak. Mungkin aku hanya seronok menulis sendirian tanpa pembaca.

Itu tidak penting, yang penting menulis selagi aku rasa ini medium terbaik untuk aku berkarya.

Dalam beberapa perancanganku, aku akan menulis tentang perjalanan cuti syita'(musim sejuk) yang aku rasa sangat bermakna selama aku hidup lebih setahun setengah di bumi Mesir ini.

Dan seterusnya, aku sekarang dalam progress menulis novel baru yang terinspirasi dari Ustaz Azam (Ahli Bait Azhari) untuk aku adaptasikan manhaj-manhaj Al Azhar Asy-Syarif, serta marhalah-marhalah penuntut ilmu dalam genre Fiksyen yang (InsyaAllah) merupakan karya fiksyen pertama dalam mengambarkan manhaj mulia Al Azhar Syarif.
Jalan cerita masih di peringkat prolog, dan akan dikembangkan lagi plot penceritaannya.
Mohon doakan.

Yang terakhir aku kira adalah usaha menterjemahkan kitab karangan Maulana Ali Jumaah Hafizohullah Taala iaitu 'Ilmu Usul Fiqh dan kaitannya dengan Falsafah Islam" dan kolabrasi dengan Ust Azam menterjemahkan karya-karya turath Imam Sanusi seperti Muqodimat Sanusiah, Al Wustho dan Al Kubra.

Semoga Allah permudahkan.

Allahu Mustaan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari