Anak Rantau
Seusai aku menunaikan solat asar di Masjid Al Azhar, aku bertapak perlahan-lahan keluar ke ruang dataran masjid sambil menggalas beg hitam dan menjinjit selipar adidas lusuhku. Orang ramai pun mengatur langkah masing-masing keluar dari perut masjid. Sewaktu di muka pintu, satu jemaah lebih kurang sepuluh ke lima belas orang berarak masuk ke dalam ruangan Masjid Azhar. Aku terus berjalan keluar sambil acuh tak acuh mengangkat muka kerana memikirlan destinasi tujuanku selepas keluar dari masjid. Tiba terdengar bias-bias suara menerjah ke daun telingaku. "Eh..tu..tu..macam orang Malaysia.." bunyinya seakan berbisik-bisik. Aku mula memalingkan muka kepada jemaah itu. Ternyata rombongan jemaah umrah dari Malaysia. " Orang Malaysia eh..?" Seorang wanita berumur 40 an menegurku. " Ya...ya..." ucapku sambil mengoreskan senyuman. "Ni...ni orang Malaysia..." seorang wanita mengamit perhatian yang lain untuk mendekatiku. Tampak jelas kegirangan terp...