Berjalan
Kita sambung eh.. Baik. Jujur, semangat haraki(gerakan) masih mewarnai kanvas jiwa ku. Kehidupan aku di sekolah menengah terutamanya banyak mencorak adunan cara pemikiran aku. Aku dikelilingi watak-watak tarbiah, usrah, mesyuarat, tamrin, dan pelbagai aneka program yang menjadi makanan harianku. Sungguh, ya, dengan sesungguhnya, perkara-perkara ini sangat mengajar aku erti persahabatan, pengorbanan, amal, dan lain-lain lagi sepertimana termaktub dalam Usul 'Isyrin yang digariskan Imam Hassan al-Banna. Cuma(yalah..mestilah ada cuma), aku dapati ada suatu kekosongan dalam benak aku yang masih tak terisi oleh keterlibatan aku dalam medan ini, iaitu Wawasan Ilmu. Serius, aku langsung tak perasan langsung akan adanya 'mutiara yang belum bertebuk' ini selama aku berada dalam gerakan, mungkin juga dari kesalahan aku juga dalam menanggapi hal ini, atau sememangnya wawasan ini tidak diterapkan atau ditekankan, hanya Alla sahaja yang tahu. Buku-buku yang aku baca pun, hanya...