Fawaid Manhaji #3

Al-Alamah Syeikh Ahmad Nabawi Hafizohullah selalu memberi istifadah tentang manhaj dalam menuntut ilmu dalam siri-siri kelasnya.
Antaranya adalah Rukun-Rukun Menuntut Ilmu yang mana ada lima semuanya:
1. Guru (الشيخ)
2. Pelajar (الطالب)
3. Buku (الكتاب)
4. Manhaj/Silibus (المنهج)
5. Biah Ilmiah/Suasana Belajar
(بيئة/جو العلمية)
- Rukun-Rukun ini merangkumi apa jua jenis dan bidang keilmuan samada Ilmu Syariah (Fiqh, Usuluddin, Aqidah) atau bidang profesional yang lain (Perubatan, Kejuruteraan, Perakaunan,Bahasa dan lain-lain).
Manakala dalam kitab Fawaid Makiyyah karangan Syeikh A'lawi As Saggaf Asy Syafie Al Makki, beliau menyimpulkan Empat Rukun Menuntut Ilmu :
1. شيخ فتاح(Guru pembuka)
- Di sini boleh juga dimasukkan Pensyarah, Pengajar dan apa-apa gelaran kepada induvidu yang menyampaikan apa jenis ilmu yang bermanfaat.
Proses (P&P) tidak akan berjalan jika tiada pengajar dan yang belajar, jadi proses menuntut ilmu harus diambil dari guru secara betul agar ilmu yang didapati akan terjamin kesahihannya.
2. عقل رجاح (Minda yang cerdas)
- Tidak dapat tidak menuntut ilmu perlu ada persedian minda yang mampu untuk berinteraksi dengan data/ilmu yang diajar agar ilmu itu bermanfaat pada diri penuntut ilmu.
3. كتب صحاح(Buku yang muktabar)
- Kitab Turath yang muktabar serta buku mua'sarah (moden) apa jenis bidang ilmu sekalipun termasuk juga buku rujukan kuliah, buku kajian tesis,dan apa jenis buku yang diiktiraf kualitinya.
Jadi menuntut ilmu apa sekalipun mesti ada buku di tangan untuk rujukan semasa guru mengajar. Tak dinamakan menuntut ilmu jika tiada buku.
4. مداومة وإلحاح
(Konsisten dan komitmen)
- Apa bidang ilmu sekalipun samada bidang syariah atau bidang akademik yang lain perlu usaha yang konsisten dan komitmen yang tinggi dalam memahami suatu ilmu agar kefahaman boleh dicapai dengan sempurna sehingga boleh mengembangkan ilmu itu kepada ijtihad/formula yang bertepatan dengan zaman dan kehendak semasa.
Semoga sama-sama ambil manfaat.
4/12/17
Masjid al-Azhar,
Hussein.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari