Berjalan

Kita sambung eh..

Baik. Jujur, semangat haraki(gerakan) masih mewarnai kanvas jiwa ku. Kehidupan aku di sekolah menengah terutamanya banyak mencorak adunan cara pemikiran aku. Aku dikelilingi watak-watak tarbiah, usrah, mesyuarat, tamrin, dan pelbagai aneka program yang menjadi makanan harianku. Sungguh, ya, dengan sesungguhnya, perkara-perkara ini sangat mengajar aku erti persahabatan, pengorbanan, amal, dan lain-lain lagi sepertimana termaktub dalam Usul 'Isyrin yang digariskan Imam Hassan al-Banna.

Cuma(yalah..mestilah ada cuma), aku dapati ada suatu kekosongan dalam benak aku yang masih tak terisi oleh keterlibatan aku dalam medan ini, iaitu Wawasan Ilmu. Serius, aku langsung tak perasan langsung akan adanya 'mutiara yang belum bertebuk' ini selama aku berada dalam gerakan, mungkin juga dari kesalahan aku juga dalam menanggapi hal ini, atau sememangnya wawasan ini tidak diterapkan atau ditekankan, hanya Alla sahaja yang tahu.

Buku-buku yang aku baca pun, hanya berkisar keutamaan gerakan, membina usrah, kepentingan wala dan bara', dan sejarah pun berkaitan peperangan, sejarah gerakan islam, tokoh-tokoh gerakan dan perkara-perkara yang berlari berkejar di sekitarnya. Ya, tak lebih dari itu. Macam aku cakap tadi, mungkin ini dari salah aku sendiri, atau mungkin dari doktrinisasi yang dibentuk.
Jadi, hampa boleh baca dak lagi ni..hehe..

Aku sambung.. Jadi aku mula terhantuk dan tergandalah bermula dari lepas peperiksaan Stam, semasa aku di rumah, aku mula berfikir, mula merenung, apa tujuan aku ambil Stam, adakah sebab semata dulu aku dididik untuk menyambung Stam adalah dengan tujuan menjaga biah solehah di sekolah, maka aku berkorban,(sekali lagi aku ulang, aku tak pernah salahkan perkara yang terjadi, malah ada seribu satu hikmah). Aku berfikir lagi, jadi lepas keluar sekolah, apa yang aku nak buat? Dan negara Mesir yang aku nak pergi nanti apa yang aku nak buat kat sana? Takkan kat Mesir pun aku kena berkorban untuk menjaga biah solehah? Eh, biah kat sana pun aku tak tahu lagi macam mana? Orang pergi ke Mesir memang untuk jaga biah sana ka, atau ada tujuan lain?
Punyalah banyak persoalan yang mentujah-tujah mental aku, sampai aku ambil keputusan tarik selimut dan terus tidor..hahaha..

Sejak itu, aku dah mula bina visi baru dalam hidupku. Segala perspektif dan cara pandang aku berkaitan gerakan dan apa-apa berkaitan dengannya aku gantungkan di tiang seri rumah jiwaku.
Sememangnya, takdir yang disusun Allah sememangnya sangat indah, aku mengorak langkah ke takah baru dalam kehidupan aku apabila aku menyambung pengajian ke Bumi Kinanah ini. Boleh dikatakan hampir lebih 180 darjah  cara pandang aku bertukar berkaitan banyak perkara. Direzekikan pula aku bertemu insan-insan yang merobah serta mengugah gunung pemikiranku, mengurus semangat guerilla aku ini menjadi kuntuman hikmah yang aku rasakan kesannya sekarang.

Watak terpenting dalam mendampingi perjalanan permusafiran aku ini ialah Sidna Nuruddin wa Dunya Maulana Ali Jumaah Hafizohullah taala. Beliau adalah kecintaanku, inspirasi dalam segenap bidangku, dan pembuka fikiranku dan insan yang saat kini amat mempengaruhi jiwa dan mindaku.
Kalau belum kenal, gambar insan yang hampa selalu tengok atas blog ini, itulah beliau..huhu..
Oklah..aku dah sampai Restoran Nile ni, nak makan dulu, nanti aku sambung bagaimana aku berjalan di daerah pemikiran dari seorang yang bersemangat berjuang ke hikmah berfikir.
Jumpa lagi...

13/12/17,
Ikansiakaptigarasa,
Restoran Nile,
Awal Sabiek.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari