Berkenan Semangat

Hari ini seusai saja imam memberi salam solat jumaat di Masjid al-Azhar, gegak gempita sepelosok ruang orang bertakbir. Aku agak kaget mulanya. Rupa-rupanya ada seruan rapat umum solidariti untuk palestin selepas dua hari lepas, seluruh dunia berbicara isu Presiden Donald Trump mengumumkan bahawa Baitul Maqdis sebagai Capital city negara haram Israel.

Aku yang masih duduk tasyahud di lantai lapangan Masjid Azhar itu bangun perlahan-lahan sambil melihat perarakan mula bergerak dari perut masjid ke hadapan masjid Azhar dan terus ke jalan raya.

"Khaibar khaibar, khaibar ya Yahud, Jaisyu Muhammad Saufa Ya'ud.." pekik seorang pemuda yang berdiri di atas bahu rakan-rakannya, kemudian disambut hadirin demonstran yang lain.
"Bi ruh...bi dam.." sambung pula pakcik yang agak berumur juga disambut penuh berkobar kanak-kanak di sekeliling itu.

Aku. Aku memerhati sahaja gelagat para pemuda, pemudi, anak-anak kecil, berteriak, bersolidariti, bertepuk, menyatakan perasaan benci kepada apa yang berlaku kepada palestin.

Tak semena-mena terimbau zaman aku bersemangat dahulu, (kira-kira 4 tahun lepas), semasa darah merahku bergelojak kuat di muara gerakan haraki. Himpunan mana yang tidak ada bekas tapak kakiku, kebanyakannya pasti aku sampai. Jika tak pergi pun, aku akan update apa yang berlaku, dan dengan penuh kekesalan kerana tak dapat hadir
.
Tidak. Aku tak bermaksud itu suatu zaman gelap, malah bagiku itu zaman fasa mengajar aku banyak perkara dalam hidup ini. Banyak nilai aku peroleh sepanjang perkelanaan aku mencari cahaya-cahaya kebenaran. Cuma kini, aku berjalan agak jauh, merentas desa dan lautan, maka pengalaman pun jadi luas, pemerhatian jadi tajam, pemikiran jadi lebih terbuka. Semenjak aku jejak kaki ke tanah bertuah ini, mindaku kerap berputar, berfikir, mencari jawapan kepada persoalan-soalan yang timbul dalam benakku dan juga benak orang lain.

Persoalan yang agak besar yang menari-nari di kotak zihinku ialah berkaitan suatu erti 'Semangat', 'Gerakan' dan macam-macam lagi yang berkaitan dengannya.

Ahh....ngantuk pulak malam ni..nanti lah aku sambung ya..hehe
11.45pm
9/12/17
Katilbaru,
Darrosah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari