Bagaimana Budak Berfikir
“Ustaz..kenapa ustaz pakai baju sama yang minggu lepas” Pernyataan dari Darwisy menyeretkan memoriku ke jengka masa beberapa hari lepas. “Eh..aku pakai baju yang sama minggu lepas ka?” Monologku sambil menggaru kepala yang tak gatal. Seingat aku aku pakai baju lain-lain setiap hari dan aku pun tak ingat dah pakai baju apa minggu lepas. Aku gelak keseorangan tanpa sedar. Darwisy masih termanggu depan aku. “Ciss..bijak ini budak!” Getus sanubariku. Sebenarnya aku dah fikir lama benda ni. Iaitu macam mana budak-budak berfikir. Ya..aku pernah jadi budak..hampa yang baca pun pernah..tapi masa tu kita pun tak tau bagaimana kita berfikir. Jiwa dan minda kita adalah fitrah. Fitrah inilah keajaiban Tuhan. Manusia belajar dengan apa yang ada disekelilingnya, tanpa silibus, tanpa sistem, manusia belajar dari alam. Itulah etimologi kata ‘pengalaman’. Masih tak perasan? Kejap. ‘Peng[Alam]an’. Nampak? Pengalaman dalam bahasa melayu mengandung makn...