Bagaimana Budak Berfikir




“Ustaz..kenapa ustaz pakai baju sama yang minggu lepas”


Pernyataan dari Darwisy menyeretkan memoriku ke jengka masa beberapa hari lepas. 


“Eh..aku pakai baju yang sama minggu lepas ka?” 

Monologku sambil menggaru kepala yang tak gatal. 

Seingat aku aku pakai baju lain-lain setiap hari dan aku pun tak ingat dah pakai baju apa minggu lepas. Aku gelak keseorangan tanpa sedar. 

Darwisy masih termanggu depan aku. 

“Ciss..bijak ini budak!” Getus sanubariku. 


Sebenarnya aku dah fikir lama benda ni. Iaitu macam mana budak-budak berfikir. Ya..aku pernah jadi budak..hampa yang baca pun pernah..tapi masa tu kita pun tak tau bagaimana kita berfikir. Jiwa dan minda kita adalah fitrah. Fitrah inilah keajaiban Tuhan. Manusia belajar dengan apa yang ada disekelilingnya, tanpa silibus, tanpa sistem, manusia belajar dari alam. 


Itulah etimologi kata ‘pengalaman’. Masih tak perasan? 


Kejap.


‘Peng[Alam]an’. Nampak? 


Pengalaman dalam bahasa melayu mengandung makna yang sangat mendalam. Iaitu bagaimana manusia berinteraksi dengan alam, samada daripada manusia, haiwan, benda, apa-apa yang ada di masa lepas, kemudian output itulah dipanggil pengalaman. Ia adalah ilmu fitrah yang Allah berikan kepada manusia. 


So, aku masih curious bagaimana seorang budak berfikir. Ketika orang dewasa bercakap, berbuat sesuatu, apa yang mereka lihat dan terbayang dalam otak mereka. 


Orang kata budak-budak fitrah mereka berfikir perkara yang simple tak complicated macam orang dewasa.

Ya, tapi kekadang sesela masa budak-budak ni boleh ungkapkan perkara yang orang dewasa pun tak terfikir. Pernah terjadi kan? 

Benda ni banyak jadi kat Jannah. Kekadang kalamnya buatkan kami mind-blown. Tertanya jugak, dia belajar dari mana? Macam mana dia terfikir macam tu? Kami pun tak perasan. 


Nampak dak lagi benda apa yang aku nak sampaikan ni? Apa yang aku tengah fikirkan? 


Sekarang ni, aku mengajar di sekolah rendah. Aku jadi guru kelas pulak untuk pelajar Tahun 1. Ada orang 26 semuanya. Kiranya semua anak-anak aku lah tu. Haha. Buat masa sekarang aku sedang mencabar diri aku untuk ingat setiap nama, setiap karakter mereka, bermula dari Fateh Ulwan paling depan kanan, hingga Arissa Damia hujung kiri. 


Naluri aku memang suka budak-budak. Jadi aku takdak masalah berdepan kerenah budak-budak. Namun, beyond than that, aku nak faham kenapa mereka berkerenah, kenapa mereka berperangai sedemikian, dan paling utama macam mana depa berfikir. 

Tapi...benda ni bukan lah seilmiah mana pun dan aku tak take serious pun. Sekadar nak boost up adrenaline aku untuk melalui hari-hari bekerja sebagai pendidik. 

Aku suka berfikir. Ada masa ja aku rajin aku tumpahkan kat sini. Untuk kepuasan intelek aku. 


Itu ja kot aku nak bebel. Untuk next entry, aku try tulis analisis aku tentang budak-budak ni. Hampa tunggu ja lah kalau masa aku rajin. Kah!


23/3/21

Big Tas Tea, 

Kulim. 

LatteCoffee.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari