Perihal Hati




Hati ini sungguh merumitkan, mengusutkan. 

Kenapa begitu? Dari segi bahasa pun sudah mengelirukan. 

Lihat ya..bila kita hendak ungkapkan frasa hati, tetapi tangan memegang memberi isyarat kepada kawasan dada sebelah kiri. Ya..itu jantung! Kenapa tangan kita tidak menghala ke sudut bawah kiri sebelah perut. Itulah kedudukan hati sebenar! 

Itu saja sudah memeningkan bukan? 


Hati, perkataan ini memang selalu digunakan. Ingat tak ayat ini

“Berhati-hati di jalan raya”

Haa..adakah nasihat ini hanya suruh menjaga hati saja? Bukan seluruh anggota badan? 

Maka..kita faham disini terma ‘Hati’ di sini mengungkap ma’na ‘diri’ iaitu ‘Jaga diri’. 


Hati, ia juga jiwa. Pernah dengar frasa ‘Jiwa Raga’?

Jiwa itu ruh, raga itu jasad. 

Ruh yang terkandung dalam jasad. Jasad yang memenjarakan ruh, yang mengikatnya dengan sulbi. Itulah hidup. 

Jika jiwa terpisah dari raga maka itulah kematian. Jiwa itu juga nyawa. Sebab itu kita selalu juga dengar “Beberapa jiwa sudah terkorban”. 


Nyawa, ruh, jiwa, hati. Itu semua sama. 


‘Hati’ bahasa arabnya قلب bermaksud berbolak balik. Ya..itulah sifat hati. Senang berubah, mudah beralih malah selalu terlerai.

Solusinya? 

Dengan itulah perlunya Akal عقل iaitu ikatan. 

Akal yang akan mengawal dan menambat hati yang sering bergelojak. Bak bidalan melayu: “Ikut hati mati, ikut rasa binasa”.

Itulah terma ‘emosional’ dan ‘rasional’.

Hati membawa ma’na emosi, akal membawa erti rasional. 


Ahh..itu saja kot celotehku tentang ‘Hati’. 

Asalnya aku nak buat sesi curhat(Curahan Hati) atau englishnya Confession, tapi tak jadi, terbahas ilmiah pulak..aduhaii..kesian kat hati aku kena sekat dengan akal. Itulah kelemahannya bila mana akal berkuasa, hati pula terbaring berduka. Hahaha..


Ok..jumpa lagi..


6/3/21

Nasi Ayam Sg. Seluang,

Lunas.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari