Qurban(Vol.1): Daging dan Lemak
Aku tak bercadang nak ulas tentang kisah Abul Anbiya' Saidina Ibrahim bersama anaknya Nabi Ismail Alahuma salam. Tentang kisah arahan tuhan,rasa gusar berbelah bagi,penyembelihan yang tertangguh,pengantian dengan himar dan sebagainya. Dah banyak ulasan dan komentar tentang mereka yang dinukilkan dan dihikayatkan. Jadi tidak perlu aku turut serta tanganku dalam perbincangan ini. -------------------------- Maksiat. Kesan maksiat adalah dosa. Dosa itu sifatnya melekat. Dan tempat lekatnya adalah hati. Pabila dosa menempel pada hati,sukar dibuang. Kerana dosa itu tepu dan melekit. ************************** Harini hari Majlis Kebajikan Keluarga Kedah mengadakan hari sembelihan iaitu hari raya keempat di dataran Hayyu Asyir. Aku ditugaskan memotong daging dan membahagikan mengikut sukatan 7 bahagian yang ditentukan. Semasa aku memotong daging sebelum ditimbang,masalah terbesar bagi aku adalah meminimumkan lemak yang melekat pada isi daging agar timbangan berat...