Bintang mencari Bintang


(Pertama sekali, post ni tak ada kena mengena dengan rancangan realiti tv lawak hambar kat TV 3 suku .*baca ngan nada 😒*)


Kembali kepada titik •

Bintang.
Bentuknya berbeza mengikut usia.
Teringat waktu zaman kecil.
Jika sebut bintang,maka otak terus pick up,bentuknya lima bucu dan ada cara khusus melukisnya.
Maka tangan terus melukis tanpa syak.
Tapi...
Bila dah membesar.
Belajar subjek Science,Physics dan sebagainya,maka bentuk itu berubah.
Bintang adalah objek bergas di luar angkasa atau nama lainnya planet dan matahari juga adalah termasuk dalam keluarga bintang.

Jadi,pabila malam,mata mesti akan melihat kerdipan sirna bintang di bentangan karpet saujana malam.

Anda pernah lihat bintang di langit pada waktu malam?
Bercahaya dan berbinar.
Cantik.
Paling penting bintang itu berbeza dan unik jika dibanding alam langit yang gelap itu.
Itulah sebabnya kita melihat dan menumpukan penglihatan padanya.

Dan bila aku belajar agama.
Pandangan aku pada bintang semakin berbeza dan mengasyikkan.

Sudah cukup aku membawakan satu hadis.

"البيت الذي يقراء فيه القرأن،يتراءى لأهل السماء كما تتراء النجوم لأهل الأرض."
اخرجه البيهقي.

"Rumah yang dibaca padanya Al-quran,melihatlah ahli langit(para malaikat)dari atas langit,seperti mana lihatnya BINTANG oleh ahli bumi(manusia) di bumi."

Mafhumnya.

Jika kita membaca Alquran di rumah kita, para malaikat di langit akan melihat binaran cahaya yang berkerdip di bawah iaitu bumi yang gelita itu macam kita  melihat bintang di langit.

Dan bintang itu rumah kita!!!

Ajibbbb!!!

Allahu mustaan..T.T

****************************

Harini aku menghadiri kelas pengajian hadis yang dikendalikan oleh Syeikh Asyraf Hamid Husaini. Beliau mensyarahkan kitab karangannya iaitu kitab
 "الأربعين في فضائل كلام رب العالمين"
Kitab yang menghimpunkan kebaikan membaca Alquran.

Alhamdulillah mendapat sanad 40 hadis daripada Alfadhil Syeikh Asyraf setelah 4 minggu mengaji dengan beliau.

Akhir sekali.
Bacalah Alquran.
Nescaya rumahmu akan menjadi bintang yang berbinar di lapangan bumi yang gelap gelita ini.
Senyum.

6/9/15
Kelas Tafaqquh Fid Din,
Asrama Darul Aman 3
Hayyu Sabiek,
Cairo.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari