Tremco dan Jari



Kekadang isyarat itu lebih berkesan berbanding teriakan.
Kekadang simbol warna itu lebih jelas penyampaian dari hayunan tangan.
Kekadang bahasa badan lebih tajam bahasanya dari bahasa lidah.
Kekadang akhlak itu lebih indah dari picisan kata yang manis.

Atau bahasa lainnya:
" Action speak louder dan words"

Dan ketahuailah Islam dibawa oleh nabi adalah Islam dengan akhlak.

*************************

Tremco adalah pengangkutan utama kedua kami sebagai pelajar di mesir selepas bas.
Tremco adalah sejenis van yang mengangkut penumpang kemana sahaja yang ingin ditujui.

 Setiap tremco dipandu oleh seorang pemandu atau nama manjanya 'Yastoo'(driver dalam bahasa a'mmi) dan sebuah tremco boleh memuatkan lbih kurang 10 ke 12 orang penumpang.

Pergerakan orang arab mesir dalam pengangkutan amat laju dan bergegas,ini banyak mengajar aku dan pelajar lain untuk sentiasa bergerak pantas dan tiada masa untuk mandom dan lengai.

Yastoo akan singgah di tepi jalan jika ada penumpang yang memerlukan perkhimatan tremconya dengan cara menggunakan simbol sahaja.

Ya. Simbolnya adalah jari.

Hampir setiap tempat(setakat yang aku tahu lah) ada simbol atau isyaratnya sendiri mengunakan jari.

Menarik.

Dan penumpang yang di tepi jalan juga hanya menunjukkan isyarat jari tertentu bagi menyatakan kemana destinasi yang ingin ditujui.

Ini sangat menjimatkan suara dan mengurangkan tekanan apabila apabila anda berjaya menyatakan dengan tepat destinasi dengan hanya menunjukkan jari.

Dan isyarat ini juga lebih memberi gambaran yang jelas dan mudah diterima oleh pemandu di sebarang situasi.

Jadi,simpul kalamnya;
Isyarat jari = gerak badan.
Gerak badan = tingkah
Tingkah = akhlak.

Formula:
Isyarat jari > teriakan
Akhlak > perkataan

Kholas.

13/9/2015
Syaqah 401,
Hayyu Asyir,
Cairo.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari