Qurban(Vol.1): Daging dan Lemak



Aku tak bercadang nak ulas tentang kisah Abul Anbiya' Saidina Ibrahim bersama anaknya Nabi Ismail Alahuma salam.

Tentang kisah arahan tuhan,rasa gusar berbelah bagi,penyembelihan yang tertangguh,pengantian dengan himar dan sebagainya.

Dah banyak ulasan dan komentar tentang mereka yang dinukilkan dan dihikayatkan.

Jadi tidak perlu aku turut serta tanganku dalam perbincangan ini.


--------------------------

Maksiat.

Kesan maksiat adalah dosa.
Dosa itu sifatnya melekat.
Dan tempat lekatnya adalah hati.
Pabila dosa menempel pada hati,sukar dibuang.

Kerana dosa itu tepu dan melekit.

**************************
Harini hari Majlis Kebajikan Keluarga Kedah mengadakan hari sembelihan iaitu hari raya keempat di dataran Hayyu Asyir.

Aku ditugaskan memotong daging dan membahagikan mengikut sukatan 7 bahagian yang ditentukan.

Semasa aku memotong daging sebelum ditimbang,masalah terbesar bagi aku adalah meminimumkan lemak yang melekat pada isi daging agar timbangan berat bersih daging mengikut sukatan supaya adil apabila dibahagikan.

Bebal juga memotong lemak-lemak yang tepu,berwarna kuning pudar,dan melekit,kekadang mengundang bebelan dalam hati menyumpah seranah daging yang banyak lemak itu. Kerana membuang kebanyakan masa aku mengasingkan lemak yang tidak guna itu.

Dalam bebalan itu,tiba-tiba,aku terjentik dengan satu bisikan.

Daging itu hatimu.
Lemak itu dosamu.

Sekarang baru kamu tahu kesan dosa yang menutup hati kamu dan menyeleputinya sampai kamu berat untuk ingat tuhan?

Aku tertunduk sendirian.

Terus memotong daging dan mengasingkan lemak padanya.
Dan kawan-kawanku ketawa kegirangan sambil ber'selfie'.

Ighfirli ya rabb..T.T

27/9/15
Dataran Hayyu A'syir,
Bawabad,
Cairo.

Ulasan

  1. Salam, boleh saya tahu kenapa nabi Ibrahim digelar Abul Anbiya?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari