"Tafadholi banati.."



Budaya.
Suatu yang sangat unik.
Kerana ia diterapkan tanpa sedar,
Dilakukan tanpa paksa.

Memang benar,bangsa arab ini dikenali bangsa yang kasar.
Tapi Allah temukan aku suatu budaya orang arab yang sangat mulia dan meruntunkan jiwaku.

******************

Hari ini seperti kebiasaan,bas penuh sesak dengan manusia. Bas 'tin sardin' memang menjadi buah mulut kami mengambarkan betapa sesaknya dan padatnya bas yang kami naik.

Aku seperti biasa berdiri memegang hendle palang diatas kepalaku.
Sit tempat duduk semua penuh diduduki warga arab dan juga dua tiga orang pelajar malaysia.

Tempat duduk disebelah aku ialah seorang lelaki tua yang lanjut umurnya.

Sampai di satu mahathoh(perhentian bas),masuk sekumpulan pelajar markaz. Ramai yang berdiri kerana memang tiada tempat duduk.
Keadaan bas menjadi bertambah sesak.
Setelah setengah jam bas bergerak. Masuk seorang wanita arab ke dalam bas. Wanita itu tampak keletihan.

Dengan serta merta a'mmu tua di sebelah aku itu terus bangun mempelawa wanita itu duduk.

"Tafadholi banati.."
Sang tua itu bergagah gagah berdiri ditengah kesesakan.

Memberi laluan kepada wanita itu duduk atas sit.

Aku melihatnya penuh syahdu dan kagum.

Si tua itu memandangku sambil tersenyum.



Aku terkesan benar dengan kejadian haritu dan setelah hari berganti hari,aku melihat inilah budaya mereka yang amat mengutamakan dan mengihtiramkan wanita.

1/9/15
Mahathoh Darassah,
Darrasah,
Cairo.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari