Dirgahayu NegaraKu

Sejak kebelakangan ini, aku tak pasti lah aku terasa rindu sangat kat Malaysia. Tambah-tambah makanan yang sangat dirindui keenakkan dan dengan aneka juadahnya *walaupun ada saja dijual di sini*, tapi tetap tak sama seperti di Malaysia.

Releks. Ini cuma sedutan prolog sahaja untuk entry aku kali ini.

Hari ini aku nak bahaskan tentang suatu perkara yang sering dipandang enteng oleh sebahagian besar mahasiswa Malaysia yang menyambung pengajian mereka di luar negara. Sesuatu yang dikenali sebagai 'Hubb al-Wathon' atau 'Kecintaan kepada Tanah Air'. Ini adalah salah satu krisis identiti terbesar yang melanda student atau lebih mesra panggilan 'duta kecil negara' di persada antarabangsa, tak kisah samada di Mesir, UK, Jepun, Australia atau lain-lain negara yang menjadi pilihan untuk menyambung pelajaran.

Secara jujur, perkara ini aku terilham dari sebuah filem box office Indonesia yang berjudul 'Rudy Habibie'. Tak perlu rasanya untuk aku explain tentang movie ini *boleh cari review di internet* kerana masa dan ruang tak membenarkan. Cuma point terbesar yang aku gapai dalam penceritaannya adalah begitu dalam cinta Rudy kepada Indonesia   untuk mencapai cita-citanya membina pesawat buatan bangsa Indonesia pertama dalam sejarah negara Republik itu.

Ya, interpretasi dari itu juga lah, aku melihat sememangnya benar student-student Indonesia sangat besar cinta mereka pada Indonesia, yang membuatkan mereka bersungguh-sungguh belajar untuk menabur bakti pada negara tercinta kelak. Di samping itu, mereka juga punya suatu keghairahan mempromosi budaya dan bahasa mereka di serata pelosok dunia.

Ini sangat terbukti.

Tapi sayangnya, kecintaan itu sangat tipis dalam sanubari pelajar-pelajar Malaysia. Hampir pupus 
perasaan bangga akan negara, rasa ingin berkhidmat pada negara, dan ingin menabur bakti pada ummah di tanah air tercinta.

Jika diselidiki, percayalah, hanya sebilangan sahaja yang ada visi membangunkan masyarakat dengan ilmu serta perolehan yang dia dapati di luar negara untuk manfaat pada ummah. Yang hanya diidamkan adalah "Apalah pekerjaan aku dapat balik Malaysia nanti."

Miskin. Tapi inilah realitinya.

Disebabkan hal krisis identiti dan visi 'mandom' inilah membuatkan student Malaysia tiada kesungguhan dalam menuntut ilmu. Mereka tidak merasakan mereka kepunyaan masyarakat, mereka tidak rasa kasih akan ummat yang terkontang-kanting mencari hidayah, mereka lansung tak punya jati diri sebagai 'Aku Anak Malaysia', serta mereka tidak merasa cinta akan tanah air yang menunggu kepulangan mereka!

Jadi, bagi mereka tiada sebab aku belajar bersungguh-sungguh di luar negara, kerana aku akan tak berfungsi bila mana balik ke negara asal nanti.

Miskin.

Jadi, apa solusi yang dapat kita ketengahkan dalam isu ini?

Sebenarnya suatu falasi dalam pemikiran anak bangsa kita adalah apabila mencintai negara, maka bermaksud menyokong kezaliman pemerintah *senang cerita Bn dan Najib*. Ini suatu pemikiran yang fasad. Tak dinafikan inilah punca yang menyebabkan anak-anak Malaysia tidak juak merasakan diri mereka sebagai Anak Malaysia disebabkan fikrah busuk ini.

Perlu diketahui, Negara adalah suatu entiti yang lain dari keterkaitan dengan kerajaan, tambah-tambah kerajaan itu dihuni oleh para politikus yang merosakkan imej negara di persada antarabangsa dan dunia. Negara adalah negara secara mutlak, kerajaan adalah kerajaan. Jangan sesekali dicampurbaurkan.

Dengan ini, tiada masalah jika kamu mencintai negara, kerana kerana negara itu tempat tumpah darahnya kamu, tempat kamu membesar, tempat dimana keluarga dan tetangga kamu diami, dan ummat yang sentiasa melambai-lambai kamu untuk kamu curahkan khidmat pada mereka. Jadi, tiada salah mencintai negaramu.

Yang kedua, fikrah yang mengatakan mencintai negara adalah sumbu kepada Nasionalisme adalah juga sangat tidak berasas. Islam sendiri amat menitikberatkan soal kenegaraan, kepentingan membangunkan negara, dan ternyata antara gerak kerja Rasulullah sendiri adalah mmbina negara Islam pertama Madinah al Munawarah sebagai bukti pentingnya negara kepada ajaran Islam. Tatkala itu, kita menyaksikan peristiwa besar 'peralihan kiblat' umat Islam dari Masjid Al aqsa ke Masjidil Haram di Mekah adalah intrepretasi hikmah Allah dalam menunjukkan kasih sayang Allah kepada Nabi akan kerinduannya pada negara Mekah.

Adakah Cinta akan Negara ini boleh dicop Nasionalisme lagi? Sudah tentu tidak.
Jadi, tiada alasan untuk kamu tidak lagi mencintai Negaramu.

Mungkin sebagai resolusi, perkara yang aku cuba bangkitkan ini adalah melalui gerak minda, tajribah dan sedudukannya kami dengan para ulama di sini yang sangat menekankan akan kewajiban mencintai negara dan ummah sebagai 'energizer' dan 'catalyst' untuk menuntut ilmu dengan lebih kuat dan bersemangat.

Akhir kata, aku menulis ini dengan penuh keterujaan agar idea ini sampai pada sahabat-sahabat lain agar kita sama-sama menanam benih kecintaan kepada negara kita tercinta sekaligus berwawasan jauh menyemai hasilnya pada ummah yang menunggu nun jauh di sana.

Dirgahayu Tanah Airku!!

7/9/17
Zawiyah Azhariyah,
Darrosah,
Mesir.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

95 Hari