AL: Ekspedisi Nafs (Siri 1)

                                                                MAJDI

Kampung Senangin,2012

Majdi.Umurnya genap 30 tahun. Berbadan tegap, dada bidang, sederhana tinggi, mempunyai  cukup sifat lelaki melayu terakhir. Sekarang sudah beristeri tetapi belum dikurniakan anak walaupun hampir 5 tahun di alam perkahwinan.

Manisah,nama isterinya. Mereka hidup serba sederhana, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,tapi hidup yang serba cukup menadah rezeki dari Allah Jalla wa A’la membuatkan mereka tidak pernah mengeluh. Pasangan bahagia ini tinggal di sebuah rumah kayu, tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar, berdekatan dengan pesisir pantai Teluk Senangin.

Majdi juga seorang warak dan kuat ibadahnya pada Allah. Hidupnya yang susah pada zahirnya, membuatkan dia lebih bersyukur dan berasa dekat dengan Allah. Kekuatan rohaninya adalah susur galur dari ayahandanya Tok Ali yang merupakan pembawa aliran tariqat di kampungnya. Majdi mendapat tauliyah dan ijazah amalan tariqat dari Tok Ali sebelum Tok Ali menghembuskan nafasnya yang terakhir. Lafaz baiah dan ikatan taat setia pada aliran Tariqat Syazaliyah diucapkan dengan penuh khusyuk dan tawaduk menandakankan jasad, roh dan seluruh hidup berada dalam ikatan tariqat yang dipegang, matlamatnya tidak lain tidak bukan untuk mencari redha Ilahi dan membersihkan jiwa yang kekotoran menuju tuhan dengan penuh rasa kehambaan.

“Anakku...kekadang kalau kita nak pergi ke suatu tempat, jalannya berbeza, ada yang jauh ada yang dekat, ada yang mampu naik kereta dan sekejap dah sampai, ada yang kena jalan kaki, maka amik masa lah nak sampai, begitu juga dengan amalan tariqat ni, para sufi dan waliyullah menyediakan kita amalan untuk sampai kepada Allah melaluai jalan yan berbeza,agar bertepatan dengan keadaan manusia yang berbagai-bagai jenis iman mereka..”

Terngiang kata-kata mutiara ayahandanya di benak Majdi. Ketika itu dia masih mula berjinak-jinak dengan amalan tariqat. Sungguh benar, barangsiapa yang diikat dengan amalan,mereka akan berasa kemanisan ibadah kepada Allah, terasa kerinduan dan tenggelam dalam lamunan cinta pada Sang Khaliq.

“Majdi, minggu depan kita buat lagi ya..pak cik rasa seronok sangat dan rasa nikmat kalau zikir ramai-ramai camni..”luah Pak Kassim.

“Ya,ya,insyallah pak cik,kita sama-sama doakan Allah akan terus limpahkan rahmatnya pada kita agar kita terus beribadah kepadanya..”jawab Majdi penuh tawaduk. Pak Kassim mengangguk.Mereka berdua bersalaman dan berpelukan dan terus berpisah.

“Betul lah kata ayah,ibadah sebagai a’bidullah ni dapat eratkan silaturrahim...” Majdi tersenyum keseorangan melihat kelibat Pak Kassim yang bertongkat semakin hilang.

Dia tidak menyangka kampungnya dahulu pernah berbalah antara dua puak atas dasar berbeza pegangan politik dapat disatukan dengan tertanamnya sifat kehambaan melaluai amalan tariqat yang suci dan bersih dari penipuan dan kekotoran. Baginya politik amat kotor dan disebabkan politik lah umat islam bergaduh dan berbalah.

Majdi terus berjalan menuju ke rumah sederhananya. Manisah masih menunggunya dihadapan pintu denagn wajah yang penuh manis dan bahagia sama seperti namanya.

“Manisah belum tidur lagi sayang..?”ucap Majdi sambil mendaki tangga rumah.

“Manisah tunggu abang lah..abang mesti penatkan,jom..mari masuk,manisah buatkan abang air..”Manisah merangkul tangan suaminya.

Terasa bahagia sekali,itulah layanan Manisah kepada Majdi setiap kali dia pulang dari mencari rezeki atau balik dari majlis zikir.

Majdi merebahkan badannya di kerusi rehat,Manisah ke dapur dan buatkan air.

“Abang...nah ni susu panas..kegemaran abang..,”Manisah menghulurkan dengan penuh kesopanan.
Dia khuatir tindakannya membuatkan Majdi marah dan sememangnya dia tidak pernah buatkan Majdi sakit hati dan sebagainya. Manisah duduk di sebelah Majdi,goresan senyuman tidak pernah lekang dari bibir mulusnya,rambut Majdi dibelai diurut selembut mungkin,itulah layanan yang diberikan setiap hari kepada suami tercintanya setelah Majdi pulang dari kerja.

“Maafkan Manisah yang bang...,kalau Manisah buat apa-apa yang abang tak suka..”pinta Manisah.

“Tak adalah sayang...sayang dah buat terbaik dah untuk abang..abang sangat bahagia...”

“Sayang...sayang tak penat ka,buat hari-hari camni?”Majdi menatap wajah bersih Manisah. Bau harum Manisah membelai hidung Majdi menambahkan lagi suasana romantik mereka.
“Abang..saya nak jadi macam Mutia’ah...yang nabi cerita tu...”Manisah menjawab dengan penuh lemah lembut.

Majdi paham benar dengan isterinya,disebabkan itulah dia bertambah sayang isterinya,dia bersyukur dikurniakan isteri  cantik yang solehah,dan ini pun pilihan arwah ayahnya.
                                                           
                                                   ************************************
Laut China Selatan,2012

“Tarik..............,jangan lepas pukat tuh...”teriak Majdi, permainan pukat, jala, ikan kecil besar, masinnya air garam laut sudah menjadi resam dalam hidupnya. Semua bergantung kepada rezeki dari Allah,ada hari rezeki baik,bawa balik ikan banyak,ada hari kurang baik,hanya dua tiga ekor sahaja yang dibawa pulang,tapi setakat ini,tiada yang  tidak pernah cukup,rezeki Allah melimpah ruah.

“Alhamdulillah...,”terpancul dari mulut Majdi yang sememangnya sentiasa basah dengan zikrullah.Sekarang adalah masa rehatnya setelah bertungkus lumus menaikkan pukat dari laut,banyak juga hasil yang mereka perolehi hari ini. Majdi mendonggakkan kepalanya ke arah langit,melihat kepulan awan putih bersih,takjubnya pada ciptaan Sang Pencipta bertambah-tambah,bentangan lautan biru dihadapannya membuatkan hatinya berasa syahdu akan betapa luasnya rahmat dan kasih sayang Allah kepadanya.

“Majdi...”,bahunya ditepuk.

“Buat apa sorang-sorang kat sini?”Rasul menerjah.

“Hmm...tak ada apa lah...,teringat kat keluarga, yalah kan dah banyak hari dah kita kat laut ni..”keluh Majdi.

“A’ah,yalah kan,orang kahwin kan,mesti rindu kat orang rumah dia kan....,bukan macam aku dok sorang-sorang  tak ada siapa yang nak..”Rasul menyakat.

“Cinta wanita tak lebih cebisan kecil dari cinta pada Illahi..,tanpa cinta murni pada tuhan ,cinta wanita tiada berguna..”Majdi berkalam. Sudah menjadi kebiasaan Majdi untuk memasukkan elemen ketuhanan dalam setiap perbualan sehariannya.
Rasul senyap,dia sudah lali dengan kalam hikmah sahabatnya itu.

“Hehe..tapi nikmat sebenarnya cinta lepas kawin ni...”Majdi menyambung.

“Cewah....”Rasul melirikkan ekor matanya. Kedua-dua saling berpandangan.Senyum.

“Sul, kau bila nak nikah pulak ni..?”soalan cepumas memang selalu menjadi gurauan mereka berdua.

“Aduh....aku penat dah nak jawab..,,belum sampai seru..hehe..”jawab Rasul.

“Yalah tu...kau yang memilih..,jangan jual mahal sangat..nanti jatuh saham nanti baru tau...”cebik Majdi.

“Mana adalah Majdi...aku berkenan yang macam bidadari,tapi  tak jumpa-jumpa lagilah...”jawab Rasul tersipu-sipu.

“Haha...,ikut kau lah..bidadari tu cantiknya tiada taranya,untuk pejuang-pejuang agama Allah,dan mereka yang Allah janjikan,kalau kau nak macamtu kena usahakan lah...”

“Ainul Mardhiah....”lirik sahaja kata-kata Rasul.

“Allahumma zawijni bi ha...”Rasul menadah tangan.

“Allahumma Amin....”Majdi mengaminkan.

“Dah jom,matahari dah terbenam dah tu..dah masuk waktu maghrib..”kedua-dua mereka melihat sang matahari tenggelam diufuk barat.

“Majdi kalau tak tengok jam,macam mana nak tau masuk waktu magrib ngan insyak sebab masa ni tak ada matahari dah sebagai petanda...”soal Rasul.

“Oh...cmni...dalam kitab feqah,ulama kata kalau nak tau masuk masuk waktu solat yang paling tepat adalah berdasarkan matahari ..kalau maghrib,kita tengok matahari,zat matahari iaitu bulatan matahari tu terbenam kesemuanya di ufuk,maksudnya kalau kita tengok kat kaki langit tu dah  tak nampak dah matahari,yang ada Cuma cahayanya sahaja...nampak dak cuba tengok..”Majdi menundingkan jari telunjuknya ke arah kaki langit.

“Oh..faham-faham..lau nak tau waktu insyak pula?”soal Rasul lagi.
“Kalau insyak pula..akan ada garisan merah arabnya ‘Khat’ul ahmar’,garisan ni akan muncul hasil dari biasan cahaya mega matahari dan memantul garisan merah di langit..ha’ah..masa itulah masuknya waktu insyak..” jawab Majdi seketul-seketul.
“Garisan tu kita boleh nampak ka..?”

“Yalah memang nampak,kalau tidak takkan ulama boleh cakap camtu kan..,japgi kau tengoklah sendiri...”sambung Majdi.

‘Okeh2..”Rasul puas hati dengan jawapan Majdi.

                                                               
                                                       ***********************************

Fajar Sodiq menyinsing, melebarkan sinar merdekanya ke seluruh pelusuk alam raya, seluruh makhluk bangun dari tidur yang lena,memulakan kehidupan baru yang penuh cabaran dan dugaan. 
Tidak terkecuali  Sang Khalifah mencari rezeki,menadah kasih dari Rabbul I’zzati,terus beristiqamah  melaksanakan tugas sebagai seorang a’bid.

Majdi dan Rasul bersiap sedia untuk melaksanakan tugas mereka untuk mencari rezeki seperti biasa. Majdi membetulkan siratan jala arwah ayahnya,itulah antara pusaka tinggalan ayahnya untuk dia mencari rezeki,Rasul pula menyusun bekas-bekas untuk diisikan ikan-ikan hasil tangkapan mereka.

“Majdi...dah tiga hari kita kat laut ni..tapi hasil macam tak banyak ja..”keluh Rasul.

“Hehe..Rasul-rasul..nama ja rasul..tapi tak macam para rasul pun..,bersyukurlah sahabat..,Allah tu maha adil...dia akan beri nikmat pada hambanya yang kuat bekerja...dan kita usaha,tawakal dan bersyukur..”Majdi beri peringatan.

Barangsiapa yang bersyukur nescaya kami akan tambah(rezeki)kepadanya,barangsiapa yang kufur{nikmat),nescaya padanya azab yang pedih..”

“Kan dah kena tazkirah pagi-pagi ni..”Majdi ketawa kecil.

“Astaghfirullah...yalah-yalah...,makasehlah tazkirah aku...huhu...”Rasul mencebik.

“Dah-dah..siapkan jala..aku nak tebarkan dah..”Majdi terus bangun dari tempat duduknya.

Kedua-dua mereka berada di sisi  tongkang.

“Mulakan dengan bismillah,insyallah Allah akn bantu,dan bersyukur apa yang kita dapat,faham?”Majdi ingatkan sahabatnya.

“Ya-ya,insyallah..Ya Allah tuhan ku,kau limpahkan rezeki kepada kami,kami hamba mu yang hina ni tidak mengharapkan yang lain selain kamu,Ya Rahman..kami akan bersyukur sekadar  mana rezeki yang kau akan berikan pada kami..,Amin Ya Rabbil A’lamin...”doa Rasul.
“Amin...”sambut Majdi.

Majdi terus menebarkan jala pusaka milik ayahnya di permukaan air , Rasul pula menurunkan pukat dan petanda sebagai tanda dimana pukat mereka berada.Hasil dari tangkapan mereka,meraka akan bawa ke pasar dan menjualnya mengikut kadar harga yang ditetapkan oleh pembekal. Dan harga setiap ikan pula berbeza berdasarkan jenis ikan dan berat timbangan mengikut unit kilogram. Hasil jualan itulah mereka menyara kehidupan mereka anak beranak dan keluarga dikampung, ada masa rezekinya banyak, ada masa sedikit itulah asam garam kehidupan seorang nelayan.

“Majdi..............cepat.........tolong aku...pukat kita mengena.......”jerit Rasul.

Majdi tersentak.

“Kejap-kejap...”balas Majdi.

“Cepatlah..macam berat semacam ja....”Rasul terus gelabah menarik pukat.

“Tenang-tenang, jangan kalut sangat...”Majdi cuba tenangkan.

Mereka berdua saling berusaha menarik jala dan pukat yang mereka turunkan pagi tadi,selalunya hampir petang baru mereka akan naikkan tapi kali ini tidak sampai tengahhari dah mengena.

“Ya Allah...banyaknya ikan...........”ucap Rasul sambil menarik pukat apabila melihat banyak ikan tersangkut di pukat mereka. Seusai menarik habis,Rasul terus sujud syukur menyatakan syukurnya tidak berbelah bahagi  kepada Allah Ar Rahim.
Majdi pula menaikkan jalanya,apa yang mengejutkan ikan sebesar pahanya tersangkut dijala miliknya,hanya seekor.

“Wah...kau dapat ikan besar lah Majdi, tentu mahal harganya...”Rasul yang masih girang akan tangkapan mereka harini menuju kearah Majdi.

“Alhamdulilah...,rezeki dari Allah..”ucapnya ringkas.

“Alhamdulillah...terima kasih banyak Majdi, ini berkat kita bersyukur..aku tak sabar nak bawa balik ke darat..”celoteh Rasul.
Majdi hanya mengangguk dengan senyuman lebar.

Sedang dia mengeluarkan ikan yang tersangkut di jalanya itu, satu silauan menerjah kornea matanya. Majdi kepelikan dari mana sumber kilauan tersebut muncul.

Kejutan kedua menerpa, terdapat sebentuk cincin emas di mulut ikan itu, kilauan cukup kuat. Majdi terus membelek mulut ikan itu dan mengambil cicin emas itu. Dia memerhatikan Rasul yang masih sibuk meleraikan ikan-ikan yang tersangkut di pukat mereka.

Majdi membelek-belek cincin tersebut,dia tidak tahu apa yang nak dibuat,dan tidak tahu siapa pula pemiliknya. Majdi kebingungan.
“Ya Allah ini mungkin rezeki dari mu..”bisik hatinya.

Tatkala dia membelek cincin itu,terdapat satu tulisan di bahagian dalam cincin itu.

“Aih..ada tulisan..apa ni...?”Majdi bermonolog sendirian.

Bersambung...

Sedutan Siri 2
.
.
.
"Sahabat-sahabat ku,pemilihan kalian untuk memberatkan aku dengan amanah ini,akanku tanggung dengan penuh dedikasi,perubahan akan tercetus,hak kalian akanku perjuangkan,insyallah aku akan pastikan kehidupan kita akan lebih sejahtera disini...”masih segar manitesto Usamah sewaktu pemilihan presiden pada Pilihan Raya Kampus kira-kira 5 bulan yang lalu.

Pidato penuh bersemangat oleh Usamah seperti Dato bandar itu mendapat sorakan hadirin yang berkumpul selepas pengguguman keputusan pilihan raya. Usamah mendapat undian majoriti tertinggi mengalahkan pesaing-pesaingnya dan mendapat undian sebagai presiden dengan kemenagan yang besar.
.
.
.
@sanghikam@HakimAlAzhariy

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari