Provokasi bukan Solusi

Dalam dunia ini tidak terlepas dari kewujudan dua pihak atau lebih dalam menanggapi suatu permasalan atau isu. Walaupun aku  sama sekali tidak bersetuju dengan Dualisme yang menyempitkan ruang lingkup perbahasan, tapi tak nafikan ia tetap wujud dalam arena realiti.

Baik, kali ini aku cuba untuk bahas suatu sindrom yang berlaku dalam kalangan para pengkritik yang mewakili golongan minoriti kepada golongan autoriti. Sindrom ini sangat bahaya bagi aku kerana disebabkan sindrom ini, ia akan mencacatkan malah merencatkan usaha murni sebahagian lain yang inginkan perubahan dalam sesebuah organisasi atau menyelesaikan suatu isu.

Dasawarsa ini, aku melihat untuk menjadi seorang intelektual atau 'serupa inteletualis', mestilah  mengkritik sistem tradisionalis.Seseorang itu akan nampak bijak jika dia mengkritik sistem ini, lagaknya seperti mampu 'berfikir luar kotak', bahasa yang digunakan mencucuk langit, tak kurang merendah-rendahkan apa yang dikritiknya.semakin meluas. Di peringkat awal usaha kritikan sememangnya nampak idealis, tetapi lama kelamaan, kita akan nampak  falasi demi falasi tersingkap di setiap petah hujahnya, dan setiap langkah gerinya.

Misal, keberadaan aku di Mesir, ada organisasi besar atau Harakah Islamiyah yang mentadbir anak-anak Malaysia di sini, dan ia sememangnya sebuah autoriti yang sudah bertapak lama dalam jiwa para 'pejuang' Islam di Mesir.

Ya, ada banyak perkara aku kurang setuju dengan dasar, gerak kerja, pemikiran sesetengah dari penggeraknya, dan disebabkan itu juga aku 'berundur setapak kebelakang' dari menyertai mereka, walaupun hakikatnya aku keluar dari rahim yang sama.

Setelah berjalannya edaran masa, muncul suatu golongan minoriti yang punya kefahaman ilmu, mendapat 'futuh' dalam pencarian kebenaran, mereka mula untuk memberi saingan kepada kuasa autoritas ini, mula membuka medan kritik, menegur kesalahfahaman atau kesalahtindakan golongan 'haraki' tersebut terutama berkaitan imej Islam dan beberapa isu keilmuan.

Sememangnya budaya ini sangat sihat dalam memberi ruang hujah serta mengeluarkan pemikiran anak-anak Malaysia dari mengintima' kepada suatu pemikiran organisasi sahaja dan memberi inisiatif lain untuk sama-sama menyumbang kepada Islam.

Tetapi, lama kelamaan, gerakan 'melawan' ini pula semakin tersasar, bermula dari golongan minoriti, sekarang mereka sudah punyai kaderan yang ramai, sudah ramai pengikut, sayugia malangnya mereka pula membina kepuakan atas nama 'manhaj yang salim' untuk membersihkan kejumudan pihak yang di sana.

Elemen kejumudan, kebebalan, mulut jahat, hasutan, mula diwarisi sedikit demi sedikit oleh golongan ini. Hujah ilmu mula ditinggalkan, yang ada hanya amukan emosi dalam melawan emosi.

 Ya, inilah hakikat yang terjadi. Contoh realiti yang boleh aku berikan iyalah, golongan autoriti ini membuat halaqah mengutuk para masyaikh azhar, golongan minoriti tidak setuju akan tindakan tersebut,lalu mereka pula membuat halaqah mengutuk golongan autoriti pula.

Jadi, sampai bila kitaran ini akan berakhir?!

Mereka ingin berkonfrontasi, tapi mereka sendiri tak mahu berinteraksi cara diplomasi dalam melawan arus falasi, malah terus-menerus membina persepsi dan provasi takhenti-henti.!

 Meraka inilah yang akan membantutkan usaha-usaha murni para ilmuan tulen dalam membina manhaj pemikiran baru kepada para pelajar di sini. Rasa kasihan dan sedih perkara yang baik, tetapi ditanggani oleh golongan yang tidak baik niat dan perilaku mereka.

Cuma, apa yang dapat kita betulkan kita betulkan, kritikan ini adalah untuk timbal balik kepada golongan'minoriti intelektualis' ini agar sama-sama renung balik bagaimana jalan kita dalam berkonfrontasi, adalah sebaiknya lagi kita menguna cara diplomasi dan toleransi dalam melawan kefasadan pemikiran golongan autoriti atau majoriti ini.

Aku tak mengharapkan tulisan ini dibaca oleh sekalian mereka, cuma sebuah luahan isi hati bagi seorang yang inginkan perubahan yang salim dan sejahtera tanpa sebarang kecacatan.

Ayuh! Sama-sama merealisasikan Revivalisme ini!

8/7/17
Bait Azhariy,
Darrosah.
#barulepasdemam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari