Sampai bila Daie’ Perlu Amik Hati Madu’?



Sebenarnya persoalan ni  acap kali membentak medulla oblonggata aku, menyebabkan otak aku menjadi lemau dan letih memikirkannya.
Baik, ceritanya macam ni. Kalau kalian perasan, sepanjang pemerhatian aku lah, boleh dikatakan terlampau banyak malah melimpah ruah sebenarnya usaha para duat(kata jamak bagi daie) hanya sekadar nak madu’ ni rasa selesa dan mudah untuk terima dakwah mereka.
Otak orang-orang daie ni sebenarnya sentiasa berpusing ligat berfikir macam mana lagilah nak amik hati mad’u kalau boleh tak  mau langsung mereka terasa hati, rasa seronok menerima,menelan isi dakwah itu.
Kalau perasan, muncul Imam Muda, Daie Milenia, Pencetus Ummah, sampai tahap para daie ni masuk rancangan lawak, downgrade title mereka, pergi turun padang, jumpa personal, dan macam-macam lagilah usaha untuk buat mad’u mereka rasa ‘best’.

Tapi kalian pernah tengok dak gelagat pada madu’ ini?

Mereka tak pernah fikir langsung dan takdak minat pun nak jaga hati dai’e. Benda ni realiti berlaku. Daie tu manusia jugak, bukan robot, bukan orang gaji yang digaji untuk memberi dakwah kepada madu’. Mereka hanyalah buat kerja dakwah ni semata nak para madu’ ni dapat hidayah, walaupun dia sendiri tau hidayah tu hanya milik Allah, dia hanya usaha.

Tapi apa balasan si madu’?
Kami berasakan daie wajib kena lemah lembut, kena tarik perhatian madu’, tak boleh sakitkan hati madu’, baru lah kami akan terima..eh baru kami akan timbang-timbangkan nak terima atau tak.

Kalau daie ni kasar-kasar, ini semua watak ekstrimis kelahiran zaman unta!! Kami suka ustaz-ustaz yang cakap manis dan muka jambu saja, yang lain tak mau!!!

Wahai madu’, sekali lagi diulangi, daie tu juga manusia, dia ada kesedaran lebih sikit dari kau jadi dia usaha untuk ajak kepada kebaikan yang kekadang kau terlupa, itu saja. Tapi kenapa kau nak demand macam-macam? Dia juga manusia seperti kamu.

Sampai bila daie kena usaha ambil hati madu’?

Aku juga dari platform seorang madu’ dan juga memakai baju daie. Aku pernah ada dalam kedua-dua situasi, jadi aku faham benar.

Jadi hemat aku, wahai para madu’ cuba lah jaga hati si daie tu sama, masa dia datang bagi peringatan, sambut dengan baik, dengan senyuman, dengan hati yang terbuka. Ingat mereka juga manusia bukan malaikat.

Setakat itu saja kot coloteh dari aku sementara nak duk lepak dalam ets sebelum sampai Kl sentral ni.

Wallahualam.
15/7/18
Ets,
Kuala Lumpur.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari