Catitan 9

[18/2/20]
|Day 9|

8.00 am: Pagi ni aku beranikan diri ikut tips Imran, amik breakfast kat hostel, katanya kita memang bayar sekali dengan harga breakfast. Aku pun dengan keringnya masuk dining room dengan berkain pelikat bersweater amik satu-satu makanan, ada waffle, aku sapu dengan coklat, dengan jem blueberry, tekan hot choc kat water dispenser, gapai sebiji epal, makan kat tempat paling sudut. Serius sedap!! Cuma aku tak sempat merasa sandwich ja..kalau tak dah complete. 

9.00 am: Aku paling awal turun makan, yang lain mandi dulu, lepas selesai makan aku bersiap barang, buang air dan mandi, yang lain pula turun makan.

10.15 am: Check out Meineger Hotel. Untuk hari ni kami asalnya plan ke 3 tempat:
  1. Brussel
  2. Antwart/Gent
  3. Bruges
Last destinasi kami di Bruges sebab dari situ saja boleh ambil bas untuk ke London Malam ini. 

Bermula di Brussel, tempat pertama kami lawati ialah Grand Palace, tempat wajib dilawati jika tiba di Brussel. 
Di situ jika anda berada di tengah kawasan lapangan, anda dikelilingi bangunan cantik dengan berbagai ukiran dan struktur, ada istana, ada cathedral, ada bangunan pemerintah, semua ada, sangat puas untuk ambil gambar. 

Setelah selesai bergambar, kami berjalan di sekitar bandar Brussel, di situ banyak kedai-kedai choclate berkualiti tinggi. Sememangnya Belgium terkenal dengan penghasilan coklat. Kami sempat singgah beberapa kedai, dalam masa itu ambil kesempatan rasa tester coklat, memang rasanya lain dari jenama coklat yang kita biasa makan macam Cadbury dan lain-lain. Rasanya kurang manis tapi rasa pahit2 sedap. 
Lepas tawar menawar, akhirnya kami kongsi duit beli sorang sekotak coklat berharga 5€.

Selain itu, di Belgium juga dihalalkan dari segi perundangan penjualan ganja, jadi boleh nampak orang jual ganja secara legal, susun kotak ganja pelbagai brand macam kedai mamak susun kotak rokok dalam almari kat kaunter. Pengalaman baru jugak tengok macam tu. 

1.30 pm: Selesai berjalan sekitar Brussel, kami terus ambil train ke Gent, di sini kami cuma sempat lawat satu tempat saja iaitu di Citadel Park. Tempatnya agak cantik, setelah sebelum ini hanya lihat bangunan saja, kali ini mata kami disajikan  dengan padang hijau, juga kolam yang menenangkan. 
Dalam perjalanan pulang, kami kena cari masjid yang berdekatan untuk tunaikan solat jamak zohor asar. Perjalanan mengambil masa 15 minit berjalan. 
Di sepanjang kami berjalan, kami yang paling keterbelakang, sambil memerhati sekeliling. 
Di sini aku dapati beberapa perkara menarik:
  1. Budaya berbasikal di Belgium ini lagi mengkagumkan, di mana-mana saja boleh lihat orang berbasikal, tak kira tua, muda, lelaki, perempuan, kaya, miskin, kekadang nampak sekeluarga berbasikal. Siap ada lorong khusus untuk orang berbasikal, dan jika di traffic light, kotak mereka paling hadapan. Aku tengok di parking lot pun, penuh dengan basikal beraneka jenama, warna, tak silap aku boleh mencecah ribu dalam satu2 tempat parking. Di Eropah, Belgium khususnya, penunggang basikal diletakkan kepentinggan mereka melebihi yg lain, kebajikan mereka sangat terjaga, sehingga dikenakan kompoun yang tinggi bagi pengguna jalan raya lain jika kemalangan dengan basikal. Selain itu, kita dapat lihat, bagaimana peranan kerajaan untuk membudayakan kegiatan sihat untuk masyarakat, dan sudah tentu demand yang tinggi dari sesebuah masyrakat akan membentuk polisi untuk budaya tersebut. Ini yang kita perlu pelajari.
  2. Sistem lintas jalan di sini tidak sesistematik di German, aku tengok kat sini orang selamba ja lintas jalan walaupun lampu pejalan kaki belum hijau. Jika di German, sehinggakan penjalan kaki sendiri disistemkan dalam traffic light, maknanya tak perlu tekan butang untuk lintas jalan, semuanya dah disistemkan.
  3. Aku lihat komuniti Muslim di Belgium agak ramai berbanding negara lain. Di mana-mana saja nampak orang pakai tudung tak kira apa bangsa dan warna kulit. Masa aku lintas satu bus stop, ada family muslim bercampur gaul dengan keluarga lain. Macam tak nampak diskriminasi sangat, semua hidup dalam satu komuniti yang aman. Aku lihat juga sekumpulan anak muda jalan berkumpulan, salah seorang dari mereka ada wanita berhijab, lihat mesra, tanpa prejudis mereka bergaul, aku pun tak boleh buat kesimpulan langsung akan penerimaan Islam di sini memandangkan aku hanya sehari, tapi itulah gambaran yang aku dapat. 

2.30 pm: Kami sampai di Gent Islamic Centre yang dikendalikan oleh seorang ustaz dari Mesir dan sorang lagi dari pakistan. 
Asalnya kami berborak dalam bahasa english, bila berkenalan kami kata kami belajar di al-Azhar di terus cakap arab, rupanya rumahnya di Medan Ramsis saja. 
Antara info yang dia kongsikan:
  1. Terdapat lebih kurang 1 Billion muslim di Belgium.
  2. Penerimaan Islam di sini baik dari negara Eropah lain(betul sangkaan aku)
  3. Dia menjadi tenaga pengajar subjek agama Islam di salah sebuah sekolah kerajaan di sini, means memang pengajaran Islam dibenarkan di Belgium. Menarik!

Di akhir perpisahan, dia hidangkan air dan sedekahkan 20€ untuk kami. Alhamdulillah..

3.30 pm: Hujan rintik mula turun, kami bergegas ke Main station untuk ke Bruges.

5.00 pm: Tiba di Bruges Station, kami dah tak boleh keluar untuk melawat kawasan sebab dah gelap di luar, jadi kami decide stay di stesen saja dan cari makan disebabkan perut masing-masing sudah berbunyi. Dengan berbekalkan duit sedekah Ustaz Muhamad tadi, kami top up sorang sikit lagi untuk beli kebab daging. Aku tambah french fries lagi 2€. 

6.00 pm: Kami makan di stesen dan tunggu di stesen dengan kesejukan mencengkam hingga jam 12 tgh malam untuk ambil bas ke London. 


12.00 am: Ambil Flixbus ke London merentasi lautan ke London. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari