TWITTER JAYA



Sudah lama aku tak menulis kat blog ini. Bukan sebab kekangan masa pun, lebih kepada malas nak menaip panjang-panjang. Lagipun aku lebih aktif menulis kat akaun twitter,  sekarang menuju ke angka 2 ribu follower. 
Sebenarnya aku dah tahu lama platform Twitter ni, dari sekolah lagi aku tengok kawan-kawan aku dah main twitter, cuma aku masih kekal berada di Facebook. 

Tahun 2016-2019 adalah tahun di mana aku banyak menulis kat FB, aku mula menulis dan mencatit bab manhaj, al-Azhar, dan beraneka ragam penulisan, boleh dikatakan sejak itu aku dikenali, sebab penulisan aku digemari dan aku tahu ramai yang follow apa buah fikir aku. Selain itu orang juga kenal aku dengan kelantangan kritik tentang Bahasa Melayu, ketika mana asatizah masih kurang pendedahan tentang perkara ini, aku tampil beri kritikan dan pendedahan soal kepentingannya. Sehingga pada tahun 2018, aku diundang oleh pihak MP3M untuk beri talk bab Bahasa Melayu, aku mewakili Malaysia bergandingan dengan Ustazah Rahmah dari Indonesia juga Ustaz Shazwan dari Singapore, itu merupakan prestasi tertinggi aku dalam arena pengucapan awam. 

Pada  Ogos 2019, aku secara rasminya mendaftar akaun twitter buat kali yang ketiga, setelah dua kali sebelumnya terkandas. Atas saranan adik aku, aku kuatkan diri untuk menerjah ke alam baharu, alam yang tidak sama sekali dengan alam Facebook. Ya kedua-duanya alam maya, tapi dunianya berbeza. 

Aku bermula dengan menulis benda-benda yang common sense, tentang perhubungan antara manusia, yang tidak terlalu akademik. Aku awalnya agak kekok, sebab dah terbiasa menulis panjang di Fb, di Twitter bilangan perkataan dihadkan, memang boleh disambunhkqn di Thread, tapi first impression pembaca adalah pada first post, jadi tak dapat tidak perlu bijak mengatur ayat untuk memenuhi maksud yang nak disampaikan. Bagi aku ini cabaran mula untuk aku menulis kat sini. Ringkas, padat, dan menarik. 

Boleh katakan setiap hari ada saja aku tulis, sampaikan buah fikiran dan idea aku, dan semakin hari semakin meningkat follower, ramai yang love dan RT. Aku sebenarnya suka format dalam twitter ni, Rt itu diberi pilihan, samada Rt without comment (bermaksud share) dan Rt with comment(qoute), jadi qoute ini akan membuka lapangan samada kita setuju dengan post tersebut atau kita ada kritikan membangkang. Dan orang lain boleh Rt Qoute kita itu tanpa menghilangkan sumber penulisan asal. Bagi aku ini sangat menarik, berbeza formatnya di Fb. 

Seperkara yang aku suka di Twitter adalah komunitinya, sesiapa yang saling kenal mengenal di twitter, automatik akan terus rapat, walaupun masing2 hanya kenal di twitter, reply, qoute, mention secara tak langsung menambah erat perkenalan itu. 

Dunia Twitter sangat unexpected, crowdnya sangat berbeza dengan Fb, di sini range umur sekitar 18-35 mendominasi lapangan, cara fikir mereka lebih terbuka, kekadang sampai tiada terkawal, mereka gemar peroleh maklumat yang pantas, cepat dan informatif. Bukan setakat itu, di sini juga ibarat kanvas diari untuk mereka luahkan apa yang terbuku di hati tanpa risaukan cemuhan dari orang dewasa. 
Orientasikan dunia serba mudah dan pantas ini lah, geng liberal menusuk jarum. Tak sekadar itu, geng salafi juga mendapat tempat di sini. Kadang terjadi perseteruan antara puak-puak ini, terjadi debat yang menghanggatkan punggung. 

Aku pun tak terlepas dari perdebatan di Twitter. Awalnya aku berniat tak mahu menyerlahkan diri aku dengan apa-apa pengangan manhaj atau aliran, kerana bagi aku, ia sebagai blok besar untuk penulisan aku diterima tatkala orang berlainan manhaj aku membacanya. Aku stay low profile dengan kembangkan penulisan aku tanpa menyentuh isu yang boleh diperdebatkan, cuma sesekali saja join jika pihak sana benar-benar melampau. Visiku, aku mahu bina identiti dan personaliti, setelah diterima umum, baru sedikit sebanyak memperkenalkan ideologi aku, dan ketika itu penerimaan sudah meluas tanpa tersangkut imej aliran mana-mana. 

Kini, secara tak langsung, aku mula dikenali dengan penulisan berkaitan aqidah-kalam, kritikan ideologi moden, Ashairah yang kritis kepada salafisme, juga banyak menulis tentang bahasa melayu dan sastera. Selain itu, penulisan aku berkembang dengan mempromosi dua tokoh besar yang jarang disebutkan di Twitter iaitu Maulana Dr Ali Jumaah dan Prof Naquib al-Attas. 

Disebabkan algorithms twitter yang dinamik, ada dua tiga juga post aku yang viral mencapai ribuan RT, salah satu post aku mengulas budaya melayu dimasukkan dalam portal dan youtube oleh content creator di Malaysia. Ia satu achievement yang berjaya digapai dan menandakan penulisan aku semakin diterima di sini.

Jadi, atas faktor keaktifan di Twitter, aku sangat kurang dah menulis di fb, aku hanya share dan komen serba sedikit saja post-post di Fb. Ditambah pula, di Fb aku jadi admin kepada banyak page dan group, maka komitmen penulisan tak seperti di twitter. 
Aku juga fikir, di Fb sudah ramai asatizah senior berperanan besar untuk menjawab syubhat di sana, dan masih kurang asatizah berusaha menyelami dunia twitter serba menjawab syubhat di sini. Aku berharap kelak ramai lagi di kalangan azhari ke twitter untuk dijadikan platform mempromosi manhaj azhar dan menjawab syubhat-syubhat di sini.


15/6/20
Darrosah,
Cairo.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari