Generasi Milenial: Tandus Minat Politik, Taksub Manhaji.



Setelah hampir 3 bulan aku mengajar pelajar Tingkatan 6 Kisas, juga berinteraski dengan pelajar tingkatan 5 dan 4, aku cadang untuk rumuskan beberapa kesimpulan tentang karakter/perwatakan/model pemikiran generasi dikenali millenial ini. 

Ini perkara pertama yang aku berjaya detect, iaitu budak-budak sekarang ini, mereka dah fedap dengan kacau-bilau sepak terajang dunia politik, mereka malas nak amik tau pasai siapa kerajaan, siapa pembangkang, bagi depa itu semua membebalkan. Yalahkan, siang malam duk pertahan support parti politik, alih-alih pakat melompat belaka, jadi apa fungsi nak pening fikir pasai ahli politik, marhaen merana, politikus kenyang bukan kepalang. 


Aku jarang lah dengar ada budak yang sebut nama Anwar ka, Najib ka, TG Haji Hadi ka, Mahathir, lagi jauh sebut pasai Muhyidin ngn Ismail Sabri.

Atas asbab mereka dah tandus minat pada politikus, jadi ke mana kah mereka akan arahkan minat mereka?


Ya, sekarang ini mereka lebih menyebut-nyebut nama agamawan, atau mudahnya Ustaz lah. Dan percaya tak setiap kem ada pentaksub dari kalangan budak-budak ni. Nama agamawan yang sering disebut antaranya: Habib Ali Zainal Abidin, Dr. Maza, Ustaz Muhaizad, Dr. Rora, Ustaz Nazrul, dan lain-lain lagi. 


Kita dapat lihat bagaimana pola pemikiran ini beranjak sekaligus memberi kesan kepada relevanisasi wacana gerakan Islam di sekolah dan kampus, malah aku lihat pertembungannya agak makin sendu, dah kurang kita nampak pertelingkahan berlaku antara jemaah Islam (Ikram-Isma-Pas-Haluan), atau mungkin antara ultra-nasionalis(Umno-Bersatu-PejuWang). Sedangkan jika kita undur lebih kurang 5-10 tahun lepas, setiap daripada kumpulan ini masing-masing berebut proksi untuk menyebarluaskan agenda dan fikrah masing-masing, tapi iya dah jarang atau tidak berlaku dah kini.

 

Jadi, apa saja yang orang bergaduh sekarang? 


Jawapannya, bergaduh Manhaj. Atau lebih spesefik, perebutan kuasa pengaruh antara Ashairah-Salafiah. Ini realitinya dan kita dapat lihat fenomena ini di pelbagai medium, samada di media sosial, di kampus, di surau masjid, malah bagi pengalaman aku di Kisas sendiri. Semasa aku mengajar, aku galakkan murid-murid untuk bertanya, nak tau apa soalan yang selalu ditanya?

“Ustaz, Ibn Taimiyah sesat ka?”

“Ustaz Imam Ash’ari kan pernah jadi muktazilah, jadi aqidah pernah sesat lah kan?”

“Ustaz, betul ke Dr Rora Wahabi?”

“Ustaz, Ustaz Muhaizad sesat ka?”


Haa…bayangkan soalan ini aku dapat dari pelajar tingkatan 6 sewaktu kuliah dan dalam kelas.


Ada yang lagi parah?


Ya, aku dengar budak-budak ni cerita, sampai satu tahap malam jumaat ada dua kelompok, yang mana ramai di surau untuk bacaan Yassin dan sebahagian kecil berpindah ke tempat  lain sebab mengaggap bacaan yassin itu bid’ah dan mereka tak mau buat. 

Ada satu kes, ketika malam penghayatan Sunnah, abang2 Badar dari F6 terangkan serban ni tak sunnah, jadi tak perlu pakai. Adik-adik F4 terpinga-pinga. Habis program abang2 Badar F5 pulak buat penerangan semula tentang sunnah serban.

Sampai begitu sekali jadinya. Bayangkan lah banyak lagi kes-kes terpencil, wujud kelompok Aswj totok dan Salafi totok, yang masing-masing nak sebarkan ideologi masing-masing. 


Jadi, begitulah kesimpulan yang dapat aku buat berdasarkan pemerhatian aku selama aku mengajar di  Kisas. Ada lagi karakter lain yang aku dapat cerap dari mereka, aku kongsikan di ruangan lain ya. 


050122,

ETS,

Kedah-KL.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari