Cinta Nabi
Maulid kecilan bersama Guru Mulia Syaikh Mustofa Abu Zaid di teratak kami setelah beliau sampai dari So'id. Syaikh memceritakan suatu kisah yang sangat meragut perhatianku dalam membenih rasa cinta pada baginda Sidnan Nabiy. Dari Anas bin Malik radiallahu anhu, seorang lelaki bertanyakan kepada Rasulullah: "Bilakah Hari Kiamat wahai Rasulullah?" Nabi bertanya kembali, "Apakah persediaan kamu untuk menghadapinya(Hari Kiamat)?" Lelaki itu menjawab "Aku tiada apa-apa persediaan untuknya daripada banyaknya solat, ataupun banyaknya puasa mahupun sedekah, tapi aku cinta kepada Allah dan Rasulnya". Sambung Rasulullah " Kamu akan bersama(dibangkitkan) bersama dengan siapa yang kamu cinta." Disepakati Bukhari dan Muslim. Imam Muslim menambah: Berkata Anas bin Malik: "Tiada yang mengembirakan kami selepas Islam kegembiraan yang bersangatan dari percakapan Nabi <" Maka kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai">. Syaikh me...