Semerbak Wangian Bukhur

Wanita itu suatu ciptaan yang indah. Indah itu merangkumi segenap ruang definisi takrifannya. Dari linkaran senyuman yang mengurai kekusutan jiwa, lirikan mata yang meruntun raga. Gerak tangan halus mengalun gemalai menghambat memori tak kunjung sampai.

Itulah wanita. Bukan membodek memuji, tapi itulah suatu aura ketenangan dari bidasan fizik seorang wanita.

Aku tak punya bahasa yang enak disusun bagi mengambarkan keindahan makhluk bertulang bengkok bernama wanita, cukuplah sekadar mengsingkatkan kalam dengan kalimat 'Indah'.

Tapi duhai wanita,
Aku sudah bertemu dengan pelbagai jenis wanita, berlain berbeza nilai keindahan mereka. Apapun tetap indah.

Cuma keindahan hakiki bagiku adalah nilai aqalmu.

Kamu akan indah dengan paras yang segak. Tapi kamu akan lebih segak dengan keindahan aqal.

Kamu akan indah dengan sifat pemalu. Tapi kamu akan lebih indah dengan aqal yang luas.

Percaya cakap aku, terlalu ramai wanita yang indah di dunia ini, termasuk kamu, tapi tak banyak yang mempunyai aqal yang ditakuti para lelaki.

Bagi aku, ya ini hemat aku, wanita yang indah itu adalah indah aqalnya. Wanita yang rasional mengatasi emositional. Wanita yang membimbit buku di perputakaan bukan membimbit alat solek dalam tas tangan. Wanita yang banyak berfikir dari banyak berceloteh.

Ya. Tak salah wanita untuk jaga kecantikan diri. Tapi sudah kukatakan sudah ramai wanita yang indah rupawan di dunia. Jika kamu hanya menjadi cantik rupa, kamu akan jadi wanita biasa, tiada yang lebih.

Maka dengan itu, kamu mesti berusaha menjadi wanita yang lain. Agar kamu akan jadi wanita yang indah sebenar-benar indah.

Coretan sang lelaki,
Menghirup wangian bukhur,
4/11/17
Darrosah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari