Fawaid Manhaji #2

Muqadimah dalam Turath Islami

Dalam disiplin pengajian ilmu turath islami, ulama membahaskan terdapat dua jenis muqadimah.

Pertama ,muqadimah kitab, yang mana bahagian paling penting tetapi selalu ditinggalkan oleh pembaca buku kerana menganggap ia suatu yang tak bermanfaat. Sedangkan pada muqadimah kitab itu ada sisipan penting yang penulis kitab(mualif) ingin khabarkan kepada pembaca seperti tujuan penulisan, manhaj penulisan, kepada siapa ditujukan, Dan ada yang membuat ringkasan atau khulasoh bagi kitab yang dikarang. Antara muqadimah kitab yang terkenal adalah Muqadimah Ibnu Khaldun yang sangat penting ditelaah sebelum membaca kitabnya yang besar seperti lautan dalam bidang Sejarah dan Sosiologi. Begitu juga kitab Hadyu al-Sari muqadimah kitab Fathul Bari Syarah Sohih Bukhari dalam ilmu Hadis, dan lain-lain lagi. Jadi, sebelum baca sebuah kitab samada turath atau moden, tebal atau nipis, wajib untuk kita baca dan hadam sebetulnya muqadimah kitab.

Kedua, Muqadimah Ilmu, atau Mabadi(Permulaan)Ilmu atau Prinsip Sepuluh atau nama-nama lain lagi. Dalam metodologi ilmu Islam, para ulama telah melangkaui ilmuan lain dalam meletakkan disiplin untuk memahami sesuatu ilmu atau dikenali sebagai Epistemologi(Studies of Knowledge) apabila mengariskan sepuluh prinsip ini untuk diambil berat oleh para penuntut ilmu seawal langkah mereka dalam menuntut ilmu.
Oleh yang demikian Imam Sobban dalam kitabnya Hasyiah Sobban ala Matan Sullam al-Akhdhori menulis syair menghimpunkan kesepuluh sepuluh prinsip itu.

إن مبادئ كل فن عشره # الحد والموضوع ثم الثمرة

وفضله ونسبة والواضع # والاسم الستمداد حكم الشارع

مسائل والبعض بالبعض اكتفى # ومن درى الجميع حاز الشرفا.

1. Takrif ( Objektif ilmu)

2. Maudu' (Ruang lingkup perbincangan ilmu)

3. Tsamarahu (Dapatan ilmu)

4.  Fadhluhu (Keistimewaan ilmu)

5. Nisbah ( Hubungkait ilmu lain)

6. Wadi' ( Penyusun ilmu)

7. Ismuhu ( Nama ilmu )

8. Istimdaduhu ( Susur galur ilmu)

9. Hukmu Syari' ( Hukum mendalami ilmu)

10. Masailuhu (Subjek perbincangan)

#Sudah mencukupi penuntut ilmu mengetahuai sebahagian dari bahagian yang lain (Takrif,Maudu,dan Samarah).

#Barangsiapa memahami kesemuanya, maka padanya kemuliaan ilmu.

Ulama berselisih pendapat akan bilangan prinsip ini mutlak hanya sepuluh atau boleh ditambah, maka perkara ini boleh diperbaharui dari masa ke masa atas perkembangan ilmu yang semakin meluas ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari