'Ammu Qodri: Sosok Tua yang Dirindui

"Sobahal fuul ya hakiim!!" Suara serak bernada gembira menyapa aku dari jauh di tempat parkir tremco hadapan Mustaysfa Hussein. Aku menyambut dengan lambaian dan senyuman. Setelah cukup kouta 6 orang penumpang, kami mula bertolak ke Muqattom, tempat kelas  Syarah Sohih Bukhari bersama Syaikh Yusri Jabbar Hafizohullah.

Ammu Qodri, sungguh aku merindui jasad tua ini. Di sepanjang jalan ke Muqottom, aku selalunya akan duduk di seat depan sebelah ammu, pada setiap kali itulah aku berborak macam-macam hal dengannya. Tapi dia lagi banyak cakap,hehe. Aku hanya mendengar, dan 'ajibnya ammu tetap bercakap fushah(bahasa buku) walaupun boleh saja dia cakap ammi, dan sangat susah jumpa orang mesir cakap fushah. Kata dia, dia menghormati aku tholib ilm. Aku tersenyum.

Sampai di Muqottom(lebih kurang 15 minit perjalanan), aku dan yang lain-lain turun, dan ammu akan stay di situ tunggu untuk hantar kami balik pulak. Pada awalnya, kami memang menolak sebab agak dalan satu jam kelas dan dia akan tunggu di situ. Tapi ammu cakap, dia hantar pergi dan balik ini sebab dengan ini saja dia boleh berkhidmat untuk penuntut ilmu. Serius aku tersentuh. Kami redhokan saja.

Seusai kelas, aku terus meluru ke tremconya yang sedia parking di bawah pokok berdekatan bangunan rumah Syaikh Yusri. Ternyata ammu masih tidur nyenyak. Rasa kasihan nak gerak dia, tapi apakan daya. Kami bertolak pulang, semasa perjalanan dia bertanyakan apa yang kami belajar tadi dan bertukar pandangan dalam masa yang sama memberi nasihat-nasihat bermakna buat kami. Gaya syarahan dia penuh bersemangat dan berkobar kadang diselangi gelak tawa kami satu tremco. Sungguh aku rindui gelagat ammu.

Sampai di darrosah, dia akan ambil tambang 6le seorang, iaitu 3le pergi, 3le balik, tambang yang agak murah jika dibandingkan tremco lain. Kekadang kalau tak cukup kouta, dia ambil saja mana yang ada. Dia kata dia tak kisah sangat, asalkan hari-hari boleh hantar dan ambil kami.

Begitu lah setiap pagi, malah aku dan Ammu makin rapat, dia ada kata dia anggap aku macam anak dia. Aku terharu sangat. Satu pagi, masa dah hantar kami balik ke darrosah,lepas semua turun, dia panggil aku, dia nak bawa aku makan sarapan di tempat fuul terbaik kat Darrosah. Aku pun ikut. Serius sedap! Kenangan paling best, bayangkan seorang budak asing(bukan arab) dibelanja seorang ammu, di tempat makan paling sedap pulak. Ahh!! Terkenag sungguh!

Hubungan aku dengan Ammu Qodri terhenti ketika aku terpaksa pulang ke Malaysia selama sebulan untuk menghadiri kenduri walimah kakak sulongku di Malaysia, aku balik masa itu tanpa perancangan, kerana kakak aku juga berkahwin tanpa pemberitahuan awal.

Satu pagi, aku beritahu aku akan bermusafir ke Malaysia untuk hadiri kenduri, awalnya ammu  kelihatan gembira,(memang adat orang mesir begitu),kemudian dia kata tak ada orang nak bersembang dengan dia dah lepas ini dengan bernada sedih. Ammu tanyakan aku bila aku akan bermusafir dan bila tarikh flight, dia offer untuk hantar aku ke airport, cuma bayaran nya dia minta sedikit sahaja. Aku pun bersetuju.

Hari permusafiran aku, ammu hantar aku dan seorang lagi senior aku ke airport. Ammu sungguh-sungguh angkat beg aku, carikan trolley, bawa sampai ke depan imegresen. Dia pesan jangan lupa dan jaga betul-betul passport, tiket dan barangan penting yang berulang-ulang kali. Sebelum aku bertolak masuk, dia peluk aku dan mencium kedua-dua pipiku, dia pesan untuk hubungi dia bila tiba di Malaysia. Aku tiba-tiba rasa sebak, tapi tahan saja, perasaan aku bercampur baur sebab ini kali pertama aku balik malaysia sendirian, lagi pula tidak tahu menahu bab flight. Sampai aku masuk dan lepas imegresen, ammu masih kat luar melambai tangannya padaku.

Telefon Oppo aku berdering, aku mengangkat panggilan.

"Safar saied ya ibni,..maas salamah(Selamat bermusafir anakku, jumpa lagi.." sambil melambai dari ruang dobi, aku bergerak ke kaunter tiket dan kelihatan sosok tua itu sudah beredar pulang.

Sehingga kini, aku lost contact dengan ammu dan tak tahu di mana dan apa dia buat sekarang. Apapun, jasa dan kenangan bersama ammu tak akan aku lupakan. Semoga Allah sentiasa merahmati Ammu!!

14/11/17
Menyantap fatiroh syokholatah,
Pizza Iman,
Hayyu Sabiek.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari