Cinta Nabi

Maulid kecilan bersama Guru Mulia Syaikh Mustofa Abu Zaid di teratak kami setelah beliau sampai dari So'id.

Syaikh memceritakan suatu kisah yang sangat meragut perhatianku dalam membenih rasa cinta pada baginda Sidnan Nabiy.

Dari Anas bin Malik radiallahu anhu, seorang lelaki bertanyakan kepada Rasulullah: "Bilakah Hari Kiamat wahai Rasulullah?" Nabi bertanya kembali, "Apakah persediaan kamu untuk menghadapinya(Hari Kiamat)?" Lelaki itu menjawab "Aku tiada apa-apa persediaan untuknya daripada banyaknya solat, ataupun banyaknya puasa mahupun sedekah, tapi aku cinta kepada Allah dan Rasulnya". Sambung Rasulullah " Kamu akan bersama(dibangkitkan) bersama dengan siapa yang kamu cinta." Disepakati Bukhari dan Muslim.

Imam Muslim menambah: Berkata Anas bin Malik: "Tiada yang mengembirakan kami selepas Islam kegembiraan yang bersangatan dari percakapan Nabi <" Maka kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai">.

Syaikh mensyarah:

Kelebihan yang ada pada Sidna Nabi adalah dapat menyingkap setiap murad atau tujuan setiap pertanyaan yang diberikan kepada baginda, maka, baginda memulakan dengan Uslub Hakim(dalam ilmu balaghah) iaitu menjawab pertanyaaan dengan pertanyaan serta memindahkan kepada tajuk lain untuk memudahkan kefahaman pendengar. Dalam masa yang sama Sidna Nabi memahami pertanyaan lelaki itu bahawa dia bukan mahu bertanya betul bilakah hari kiamat, tetapi ingin tahu di manakah dia akan ditempatkan samada sama tempat dengan nabi seperti sekarang atau di tempat lain di hari akhirat kelak.

Setelah mendengar jawapan lelaki itu akan dia hanya punya bekalan Cintanya kepada Allah dan Rasulullah, Sidna Nabi terus memberi berita gembira bahawa lelaki itu akan dibangkitkan bersama baginda di akhirat kelak disebabkan kecintaan dan kasihnya kepada nabi.

Begitulah kehebatan uslub Sidna Nabi menghadapi soalan2 dari para sahabat dan bagaimana agungnya kecintaan kepada Nabi Sollahu alaihi wassalam.

Sollu ala nabiy..

Tanggal 12rabiulanwar,
Bait Azhariy,
Darrosah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari