Aku Tak Tahu


Bila melihat manusia,aku belajar banyak perkara tentang sifat manusia.

Salah satunya adalah merendah diri.
Merendah diri seseorang itu boleh diimprestasikan dalam beberapa keadaan. Pertama melaluai kalamnya kedua melaluai lagaknya.

Tapi aku hanya nak sentuh bahagian kalam sahaja agar penulisan ini tidak berterabur.

Tika kita menjadi 'target man' dalam soal ilmu dan menjadi rujukan dalam bab pelajaran .

Tersemat dalam lubuk hati kita.
"Cam mana keadaan sekali pun aku kena jawab,kalau tidak ceroilah"
Walaupun kita tak menguasai bab tu.

Ini penyakit.

Penyakit ini hanya boleh dikesan oleh orang alim dan dikesan oleh orang yang pernah buat sebelumnya dan dia insaf.

Ya,ini penyakit ujub yang bersarang pada jiwa orang berilmu. Dan sebenarnya ia sangat jengkel dan merimaskan orang sekeliling.
Serta amat kelakar melihat dia bersungguh-sungguh 'berjuang' menjawab persoalan sedangkan dia tidak mengetahuainya.

Jadi apa ubatnya?

 Merendah dirilah dan katakan sahaja "Aku Tak Tahu" walaupun ianya pahit.

Aku sedang belajar dan berlatih untuk menuturkan kalam singkat itu.
Dan percayalah inilah nikmat dalam menuntut ilmu dan menyampaikan ilmu.

Betul kata para alim dan hukama
"Sesungguhnya 'La Adri' itu sebahagian daripada ilmu."

10.22am
13/8/15
Markaz Lughah.
Babu Rois,Cairo.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari