Asob Kabir

Kaki lenguh,
Tangan kebas,
Mata separa buka,
Peluh menuruni batang hidung,
Dahi basah,
Tisu dikeluarkan untuk menyerap cairan jernih itu,
Aku masih kuat berdiri,
Berasak bergasak,
Terhuyung hanyang,
Menahan perit,
Keadaan himpit,
Suasana bingit,
Sungguh menguji kesungguhan.

Perkara paling perit adalah kering tengkak,
Kerongkong ibarat digasak kertas pasir,
Haba panas sekeliling menambah perisa,
Panas luar,
Panas dalam,
Semua bercampur baur.

Setelah sampai,
Hati yang resah kembali terubat,
Kaki pantas menuju suatu destinasi,
Lenguh,letih semua semakin dilupakan,
Mata terpana melihat air hijau segar dalam gelas kaca.

"Asob Kabir wahiid!!" Aku menjerkah.

Petang yang panas itu,dipadamkan dengan kesejukan dan kesegaran segelas Asob.

Allahu.

Segunung kepahitan akan terhapus dengan secangkir kemanisan.

****************
Suasana beginilah aku dan mahasiswa mesir alami tiap hari samada hendak pergi ke kelas atau pulang dari kelas.

Pengankutan bas menjadi pilihan utama kerana ia murah.
Itu ja. Kalau nak ikutkan keselesaan memang jauh melangit.

Suasana payah dan susah itu menjadi santapan mujahadah kami.

Tapi disebalik kepayahan itu Allah janjikan kemenangan.

Dan kesusahan itu Allah selitkan kemanisan agar kamu tidak bosan bermujahadah.


*Asob adalah air tebu segar yang diperah secara semulajadi dan disediakan terus keoada pelanggan.
Asob menjadi minuman kegemaran pelajar Malaysia di Mesir.
Selain sedap dan segar harganya yang murah menjadi penyebab utama ia menjadi pilihan kami.

1.25 pm
28/8/15,
Kedai A'sir El Tauhid,
Hayyu Asyir,
Cairo.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari