KacaMu MataKu

Permulaan kepada sebuah penulisan Blog..

02/08/15
Hayyu A'syir,Cairo.

Baru hampir dua minggu,aku berada di Bumi Kinanah ni setelah diberi peluang dan rahmat dari Allah Taala untuk aku melanjutkan pelajaran serta meneguk ilmu-ilmu agama disini.
Setelah habis Imtihan Qabul (pemeriksaan kelayakkan),atau lebih dikenali Ujian Diognastik,banyak masa terluang yang dihidangkan didepan kami para Pra-Mahasiswa AlAzhar daari pagi hinggalah ke malam,masa senggang cukup banyak. Jadi,terpulanglah kepada diri sendiri untuk mengisinya.

Ada yang sibuk berjalan,jaulah,cari makanan arab,pekena a'sir(Jus),ada yang dah mula bergaul dengan arab,kemas rumah yang dah berapa bulan ditinggalkan dan sebagainya lah.

Tak surut juga yang mengejar kelas talaqqi para masyaikh yang dianjurkan pihak pengurusan asrama masing,ada yang meluangkan masa di kedai buku mencari kitab-kitab kecil untuk dibaca dan sebagainya.

Dan juga,ada yang berada dalam bilik,melayari internet,what's up,facebook,wechat dll dengan tujuan menyampaikan khabar dari perantauan kepada keluarga dan sanak saudara,yang mengisi masa dengan berhadapan dengan laptop dan smartphone pun apa kurang ramainya.

Dan yang paling banyak adalah dari mereka yang (Naumm) tidurr.

Jadi,kurniaan masa yangRabbberikan,terpulang kepada kita sebagai hamba untuk memanfaatkannya.

Jadi..(buat kali kedua),dengan inilah aku mengambil langkah untuk meng'creat' satu blog untuk aku mengisi masa lapang,Ya,hanya mengisi masa lapang bukan melapangkan masa untuk menulis di blog ni,kerana 90% kederatku akan ku salurkan kepada pengajian dan talaqqi kitab.

So,blog ini akan menjadi pinggan untuk aku hidangkan buah pemikiran dan tuangkan kuah pengalaman serta diserikan lauk-pauk cerpen dan puisi yang bakal aku ketengahkan.

Sekian untuk buah permulaan.

Lihat dengan kacamu,ku sirnakan dengan mataku.

Wallaualam.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari