Sebatang Pen Biru

Norma manusia sering terlupa. 
Kerana itu manusia itu lansung nama asalnya dari perkataan 'Nisyan' iaitu lupa.
Jadi sifat lupa dan nyayuk manusia ini harus diletakkan pada tempatnya agar ia tidak akan berulang.
Seperti pepatah "Tidaklah orang yang cerdik itu masuk lubang ular dua kali".
Ya, ini jelas.

Pen biru itu paling lama aku guna setakat ini. selalunya riwayat sebatang pen yang aku gunakan tidak sampai sehari aku pakai,akan hilang entah ke mana. Gara-gara 'terlupa' letak di mana. Ya,aku memang jenis nyayuk. Puncanya aku selalu sangkutkan pen yang ingin aku gunakan pada poket baju.
Jadi bila pakai baju lain,pen itu masih di baju lama atau aku letak dimana-mana semasa menukar baju.
Malang menimpa semasa nak salin nota kuliah. Terpaksa pula pinjam pen orang lain.

So,aku ambil keputusan untuk sangkutkan pen di buku.

Dan ia menjadi!!

Ianya lah Sebatang Pen Biru itu. Masihku gunakan hingga sekarang.

Senyum.

6/8/15
Ruwaq Jawi,
Hayyu Sabiek
Cairo





















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari