Doktor Umum


Diceritakan kepada kami perihal Ad Duktur Al Alamah Syeikh Yusri Rushdi Hafizohullah.

Syeikh seorang guru mursyid dalam tasawuf dan alim dalam bidang hadis,mengajar kitab-kitab besar hadis seperti Sohih Bukhari,Sunnan Sittah di Masjid Azhar berpuluh-puluh tahun sehingga lah sekarang masih konsisten menyampaikan ilmu pada anak muridnya dari kalangam arab sendiri ataupun wafidin.

Syeikh Yusri juga seorang doktor pakar bedah di salah satu hospital besar di kaherah dan menjadi rujukan dunia khusus dalam bidang pembedahan surgery.

Di suatu pengajian hadis kitab Sohih Bukhari di Masjid Dardir,sebelum memulakan kelas,seorang lelaki dipertengahan umur datang kearah syeikh yang sedang berada di kerusi untuk memulakan kelas .Setelah salam dan cium tangan syeikh,lelaki itu menunjukkan bengkak beguk di leher kirinya kepada syeikh,beguk itu agak besar,dia mengadu kepada syeikh kerana terlalu sakit dan sudah bertahun-tahun dijangkitan penyakit itu.

Syeikh Yusri mengangguk lalu meletakkan tangannya pada leher dan memeriksa bengkakan berair lelaki tersebut. Syeikh menyebut satu persatu masalah penyakit yang dihadapinya dengan istilah-istilah perubatan secara teperinci dan mendalam. Ulasan syeikh memukau hadirin pada masa itu kerana pelajar perubatan sendiri tidak pernah jumpa istilah-istilah yang disebut syeikh,tambahan pelajar-pelajar lain hanya mengangguk sahaja meraikan hadirin yang 'turut faham'.

Lelaki tersebut mengiyakan apa yang dituturkan oleh syeikh lalu terus duduk di hadapan syeikh untuk turut serta dalam kelas syeikh.

Sebelum memulakan kelas,syeikh memandang semua hadirin lalu berkata.

"Aku ada klinik di Mukhatom,setiap hari minggu,datang untuk bertemu dengan ku,semasa mendaftar,katakan bahawa kalian dari kaherah,segala perkhidmatan akan kuberikan percuma.."

Semua hadirin bertahmid dan berselawat kerana kegembiraan akan tawaran tersebut dan sangat taajub dengan sifat pemurah dan berhati mulia seorang guru.

Lelaki yang mengidap penyakit bengkak beguk di lehernya itu dirawat oleh Syeikh Yusri di salah satu hospital Kaherah sehingga sembuh dan segala perbelanjaan perubatan ditanggung syeikh.

Allah Allah.

Semoga Allah menjaga guru kami yang mulia Al Fadhilatus Syeikh Al Alamah Ad Duktur Yusri Rushdi.

#catitanmalamjumaat

Muzakarah Ihya Kabir,
Syaqah Khomisah,
Darrasah,
Cairo.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari