Falsafah Si Peminta Sedeqah



Aku keluar dari rumah, tutup lalu mengunci pintu,membetulkan butang di kolar baju melayu lalu turun ke bawah,walaupun setiap hari naik turun tangga, tingkat lima bukan tempat yang rendah, aku mengeluh, tapi inilah aku yang perlu tempuh bertahun-tahun lagi di sini.

Aku terus berjalan,mengunakan 'lorong tikus' yang tidak banyak orang ketahuai kerana lorong itu agak tersembunyi dan sempit,tetapi banyak membantu untuk meng'shortcut'kan perjalanan ke mahattoh bas di Masjid Soleh Jaafari.

Tiba di hadapan Mustasyfa Hussein,akan ada dua tiga orang makcik arab duduk di laluan pejalan kaki.

"Sodiq...Sodiq..!!"

 Itulah dia makcik yang digelarkan 'mama' oleh pelajar melayu disini kerana dia akan panggil pelajar-pelajar Malaysia dan Indonesia sahaja untuk meminta belas. Kekadang lagaknya agak mengelikan hati. Dia peminta sedeqah,tapi minta dengan penuh senyuman, panggil beberapa kali sehingga aku dan lainnya memaling muka, dia akan senyum sambil menadah tangan kosong. Kebiasaannya kami akan abaikan. Dia tidak marah. Dan keesokan dan begitulah setiap hari.

Aku terus berjalan ke mahattoh. Di tengah round board di Benzen,seorang makcik berkelumbung hitam dan berpurdah sambil memangku anaknya di bahu, tanggan kanannya memegang bungkusan Manadil (bungkusan tisu) untuk dijual kepada siapa yang lalu di situ. Di hadapannya tersusun sepuluh ke dua belas bungkusan beserta barangan lain untuk dijual. Ya,ini lah antara cara 'meminta sedekah' orang arab. Meminta bukan dengan tangan kosong,asalkan ada barang untuk diniagakan,sudah mencukupi untuk mereka duduk di tengah terik matahari,dan di suasana sejuk yang mencengkam.

Setiba di mahattoh,aku terus menaiki bas untuk ke gamaah. Seperti biasa,aku akan cari 'port' yang paling selesa bagi aku iaitu tempat duduk single dua dari depan. Alasannya,biar aku sahaja yang tahu. ^.^
Bas bergerak melaluai Bu'us Islamiyah,dimana ramai pelajar wafidin(pelajar asing dari benua afrika dan eropah)akan naik disitu,maka bas semakin penuh dan sesak.
Di tengah kesibukan dan kesempitan di dalam bas itu, naik dua orang budak perempuan,sepertinya seorang kakak dan seorang adik,umur mereka masih kecil,berpakaian comot dan tidak terurus. Masing-masing membawa satu beg plastik penuh dengan gula-gula. Mereka akan jalan ke seorang-seorang penumpang dan meletakkan gula-gula tersebut diatas peha mereka,bermula dari belakang sampailah ke hadapan bas. Setelah semua dapat,mereka akan mula mengutip gula-gula itu semula tanpa sepatah bicara pun keluar dari mulut mugil mereka,semasa mereka mengutip,ada yang hulurkan duit,ada yang kembalikan gula-gula,ada juga yang sedekahkan duit tanpa mengambil gula-gula itu. Setelah selasai,mereka akan turun bas dan naik pula bas lain.
Ya,inilah cara anak-anak ini 'meminta sedekah'.

Aku turun bas di hadapan gamaah di Hayyu Sadis dan ramai juga yang turun di situ kerana pelajar Syariah sudah berpindah ke situ juga.
Di hadapan pintu gamaah,ada seorang ammu yang capit kakinya bersama dua anaknya akan membuka hamparan kain dan mula menyusun alatan tulis seperti pen,pensil,buku nota dan pelbagai alatan kegunaan harian untuk mereka jual di situ. Mereka akan mula berniaga bermula awal pagi hinggalah ke petang,sehingga semua pelajar pulang,baru mereka akan membungkus barangan untuk balik ke rumah.

Begitulah rutin harian pakcik yang kurang upaya dan anak-anak perempuannya itu mencari senafkah rezeki. Jika diikutkan kondisi keadaan mereka,dan jika di malaysia,sudah tentu meratap sambil mengoncang cawan plastik meminta sedekah.

Aku terus berjalan menuju ke kelas. Duduk di kerusi kayu yang mejanya dilipat ketepi. Bersebelahan rakan Indonesia sekelasku,Roni Khaironi. Aku keluarkan henset Oppoku dari kocek seluar kanan. Turn on,terus ke Note dan taip di tajuk bahagian atas skrin;
 "Falsafah Si Peminta Sedekah"

Aku tersenyum. Otakku sudah menyusun data barang apa yang ingin ku nukilkan hari ini.

10.12am,
16/12/15,
Qa'ah ٢٨,
Markaz Lughah,
Hayyu Sadis,
Cairo.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari