Sifat Seorang Alim



Diceritakan kepada kami perihal Syeikh Usamah Al Azhari.

Syeikh Usamah seorang yang sangat berkejar dengan masa. Beliau sentiasa cepat pergerakannya dan berjalan laju sehinggakan anak-anak muridnya terpaksa berlari untuk mendapatkan beliau.

Bermula dari turun kereta, sampai ke majlis,syeikh terus memulakan kelas tanpa pendahuluan,walaupun jangka masa kelas hanya satu ke dua jam,tetapi pengisiannya umpama berjam-jam. Sungguh terasa keberkatan masa dengan input ilmu yang sangat luas dalam syarahan syeikh, tamat kelas,syeikh terus keluar untuk ke majlis lain, kebiasaannya anak-anak murid beliau tidak sempat bersalaman dengannya.

Itulah rutin harian Syeikh Usamah,samada beliau sebagai murid atau sebagai tenaga pengajar di masjid,madrasah,jamaah,muhadharah,daurah dan sebagainya.

Dinaqalkan pada suatu majlis periwayatan hadis di Mudahyafah Syeikh Ali Jumaah bersama beberapa ulama-ulama Azhar lain.
Syeikh Usamah antara panel untuk membaca dan mengijazahkan hadis kepada pada hadirin yang datang. Selesai tamat majlis, Syeikh Usamah berjalan keluar sambil dikawal oleh para pendampingnya,hadirin yang datang bersesak-sesak untuk bersalaman dengan syeikh. Tatkala itu,seorang lelaki di pertengahan umur meluru ke arah syeikh lalu terus menanyakan soalan kepada syeikh. Lantas,salah seorang pengawal syeikh bertempik memarahi lelaki tersebut kerana menganggu laluan syeikh dan menanyakan pada situasi yang tidak sesuai.

Syeikh berhenti berjalan lalu meninggikan suara dengan muka merah padam kepada pengawalnya,

"Bukan dia menanyakan soalan kepadaku,tetapi aku yang menanyakan soalan kepadanya!!"

Pengawal itu terdiam.

Syeikh Usamah berpaling kepada lelaki itu dengan senyuman lalu menjawab soalan dengan penuh layanan yang ramah.

Allahu..

Inilah akhlak nabi.

#catitanmalamjumaat

Muzakarah Ihya Kabir,
Darrasah,
Cairo.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari